2nd Trimester (Part 1) ~ Minggu ke 12 & 16

Dear Blogger,

Hi,kita jumpe balik dalam slot kehamilan pada peringkat 2nd trimester ini. Secara ringkasnya aku akan tulis mengenai perubahan diri yang akan berlaku semasa minggu kehamilan nie,persediaan diri, pertumbuhan bayi & saiz bayi mengikut minggu2 ini..

Minggu ke 12

Perubahan diri

  1. Jika sebelum ini aku sering berasa mual atau muntah pada sepanjang hari, pada minggu ini semuanye sudah hilang dan beransur pulih. Lega rasenye..Tapi menurut doktor ade juga ibu yang bernasib kekal sehingga proses kelahiran baru lah akan hilang alahan ini.
  2. Aku juga perasan bahawa aku sudah mula kurang membuang air kecil sekerap minggu-minggu permulaan kehamilan.
  3. Aku masih lagi bersikap emosi dan mudah terganggu oleh perkara yang remeh mungkin disebabkan perubahan hormone dalam badan.
  4. Menurut pakar, pada minggu ini paru-paru,buah pinggang dan jantung terpaksa bekerja keras kerana isi padu darah mengalir di dalam badan kita meningkat.
  5. Buah dada masih belum lagi besar tetapi akan berasa lebih berat dan mungkin lembut sedikit.
  6. Bentuk badan anda mungkin seperti biasa lagi
  7. Bahagian atas rahim dapat di rasa berada di bahagian atas sedikit dari tulang pubik.

Persediaan diri

  1. Belilah coli yang dapat menyokong buah dada kita dengan baik
  2. Pastikan kita memakan pelbagai jenis makanan segar
  3. Minumlah air dengan banyak dan makan makanan yang berserabut tinggi untuk menjauhi diri daripada masalah sembelit.
  4. Lawatlah klinik antenatal untuk pemeriksaan antenatal kita yang selanjutnya.
  5. Cuba amalkan sentiasa berdiri tegak untuk membantu kita pada waktu akhir kehamilan.
  6. Jika kita sudah tidak mengalami muntah2, berat badan kita akan bertambah sebanyak 1.2 kg. Tetapi pertambahan berat badan aku adalah sebanyak 1.5kg pada minggu ini.

Pertumbuhan bayi

  1. Semua organ dalamannya telah terbentuk dan sudah boleh berfungsi. Kemungkinan besar bayi kita tidak terjejas oleh jangkitan & ubat-ubatan.
  2. Kelopak mata telah terbentuk dan dalam keadaan tertutup di atas mata.
  3. Bayi sudah mempunyai kelopak telinga.
  4. Bayi bergerak lebih giat kerana otonya sedang berkembang. Ia boleh ,meringkuk serta mengipaskan jari kakinya. Tetapi di minggu ini kita belum lagi merasai pergerakan bayi.
  5. Bayi boleh menghisap. Ia menelan larutan yang mengelilinginya. Ia juga boleh membuang air kecil.

Saiz bayi

  1. Panjang bayi ~ 6.5 cm
  2. Berat~ dalam 18gram

 Week 12

Me in 12 week

Minggu ke 16

Perubahan diri 

  1. Mula merasai diri ini hamil dan memerlukan pakaian yang lebih longgar.
  2. Aku semakin berasa seronok dan gembira pada saat ini.
  3. Perubahan pada pigmentasi kulit, puting dan kulit di sekelilingnya berwarna lebih gelap dari biasa.
  4. Muncul satu garisan gelap di panggil linea nigra, membelah di sepanjang bahagian tengah perut. Jangan risau ia akan hilang selepas kelahiran.
  5.  Selera makan semakin bertambah kerana bayi sudah membesar.
  6. Buah dada semakin membesar dan membesar pada minggu seterusnya.
  7. Akan terasa garis pinggang akan hilang..Oh no!!
  8. Bonjolan akan mula kelihatan sebagai bulatan perut yang lembut.
  9. Berat badan aku bertambah sebanyak 2kg lagi.

Persediaan diri

  1. Pastikan menambah dan mengambilan zat2 makanan yang secukupnya untuk keperluan bayi dalam kandungan.
  2. Kalau boleh elakkan daripada menghidu bau2 seperti asap rokok atau semburan nyamuk. Bagi aku bernasib baik kerana hubby ku tidak merokok. Katakan tidak pada rokok k.
  3. Lawatlah klinik antenatal dan akan di tawarkan membuat scan ultrasound. Amniosentesis juga dilakukan sekitar masa ini sekiranya ada kemungkinan kecil bayi kita mempunyai keadaan tidak normal.
  4. Jaga pertambahan berat badan dan makan makanan yang berkhasiat bagi mengelak penyakit2 lain yang tak di ingini datang.

Pertumbuhan bayi

  1. Kepala bayi akan kelihatan terlalu besar untuk badannya.
  2. Jarinya sudah mempunyai corak cap jari yang unik yang tersendiri.
  3. Bayi kini mempunyai leher.
  4. Kening dan bulu matanya sedang tumbuh dan bayi mempunyai bulu gebu yang halus pada muka dan badan di kenali sebagai lanugo.
  5. Bayi bergerak disekeliling dengan bertenaga tetapi masih belum dapat merasa pergerakkannya.
  6. Bayi membuat pergerakkan bernafas dengan dadanya.
  7. Jantung bayi berdegup 2 kali lebih cepat daripada jantung kita.

Saiz bayi

  1. Panjang ~16cm
  2. Berat ~ 135gram

Week 17

Me in 16th week

Ok, setakat sampai sini sahaja dulu. Dalam last part untuk 2nd trimester akan menyusul untuk info minggu ke 20 dan minggu ke 25. Jumpa lagi..dada.

Lots of love,

Me..

Leave a Reply