Mungkin ade ramai wanita di luar sane yang masih menanti dan mengharapkan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Cahaya mata di anggap pelengkap dalam merealisasikan wanita yang sempurna. Namun, ade juga segelintir wanita yang agak sukar hamil walaupun telah berkali-kali mencuba. Aku boleh dikatakan golongan yang sangat bertuah kerana kalau nak di ikutkan mungkin sekarang aku sudah mempunyai 3 anak. Semua adalah kerana aku pernah 2 kali keguguran dalam usia kandungan tidak melebihi 8 minggu iaitu 2 bulan. Tapi aku sangat- sangat bersyukur kerana tuhan memberikan aku rezeki lagi mereka yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, Insyallah, sedikit sebanyak dapat membantu.
Tips tips :
1. Elakkan makanan yang tajam dan panas
Kita mesti sering dengar ayat di atas tapi kurang mengambil berat akan nye. Banyakkan pembacaan mengenai zat2 makanan yang baik untuk tubuh badan agar badan sentiasa bersedia menerima kehadiran janin dalam rahim kita. Antara makanan yang di harus di cegah dari awal ialah nenas, tapai, tebu, tembikai, durian, minuman ber gas, alkohol, minyak ikan, hati dan limpa. Walaupun belum di sahkan hamil, seeloknye elakkan makanan seperti ini dahulu. Minyak ikan , hati dan limpa tidak di galakkan ambil semasa kandungan berusia 6 minggu sehingga 18 minggu bagi mengelakkan keguguran.
2. Madu lebah asli
Praktikkan bersama- sama suami mengambil sarapan dengan madu lebah yang asli dan juga boleh di amalkan sebelum tidur. Madu sangat2 berkhasiat untuk tubuh badan dan bagus untuk kepekatan air mani suami bagi menghasilkan sperma yang berkualiti. Kalau boleh dapatkan madu kampung yang betul2 asli berbanding yang ade di pasaraya untuk jaminan khasiat nye. Sekiranya mahu mencampurkan dengan minuman juga boleh di amalkan.
3. Kekacang dan serat
Makanan banyak makanan yang mengandungi kekacang seperti tempe, kacang panjang, kacang buncis, taugeh, kacang soya, badam dan sebagainye. Amalkan pemakanan ini setiap hari di dalam menu harian kita bersama suami/isteri. Selain baik untuk penghadaman, makanan seperti ini mampu member kesuburan kepada organ dalam tubuh kita.
4. Senaman
Ramai tidak menitikberatkan senaman dalam kehidupan mereka. Seharusnye senaman adalah perlu bagi mengimbangi hormone dan kesihatan tubuh badan. Amalkan senaman 30minit sehari , 3-4kali seminggu. Perlu di ingatkan, badan yang tidak cergas serta kolesterol yang tinggi akan menyukarkan proses kehamilan kerana sperma dan telur tidak dapat di hasilkan dengan baik.
5. Asid folic
Ambil lah pil asid folic seawal yang mungkin walaupun belum di sahkan hamil. Doktor juga sangat menggalakkan pengambilan awal pil Asid folic ini bagi pencegahan awal kecacatan awal bagi kandungan di dalam rahim. Asid Folic boleh didapti di farmasi atau kita boleh sahaja terus dapatkan dari klinik2 yang berhampiran,
6. Elak stress
Kalau boleh kita hendaklah elak daripada berhadapan stress atau tekanan yang melampau. Ini kerana stress tidak akan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Sebaiknye tidak terlalu memikirkan tentang kehadiran cahaya mata kerana boleh mengganggu hubungan intim bersama pasangan. Lebih elok banyakkan berehat, relax dan dapatkan tidur yang cukup supaya kita berada dalam keadaan atau hari-hari yang sangat happy. Barulah hormon tubuh badan akan stabil.
7. Lakukan pada ovulasi
Pilih lah hari-hari yang menunjukkan kita subur untuk mengadakan hubungan intim dengan suami/isteri. Tidak ada guna nye jika kita melakukan hubungan intim bersama pasangan setiap hari jika kita tidak melakukan pada waktu subur si isteri. Dalam sebulan hanya SEKALI sahaja telur akan dilepaskan atau di senyawakan oleh wanita dalam tempoh ovulasi. Waktu subur ini senang untuk di hitung jika kitaran haid wanita adalah tetap setiap bulan. Misalnya kitaran haid sesoeang wanita adalah antara 28- 30 hari. Jika 28 hari hendaklah di tolak 14 hari kitaran haid, bermakna hari 12 -16 selepas haid adalah waktu ovulasi di lepaskan. Maka, hubungan intim boleh di lakukan pada hari tersebut. Sebaik- baiknya hubungan intim di lakukan 2 hari sebelum ovulasi atau pada hari ovulasi kerana telur hanya boleh hidup 24- 48 jam sahaja bila di lepaskan. Jika kitaran haid tidak menentu, cara yang terbaik adalah cuba alat ujian ovulasi atau Ovulation test. Lakukan test pada hari ke 14-16 lepas haid. Jika garis merah bermakna ovulasi telah berlaku. Antara cara lain untuk mengenal pasti waktu kesuburan adalah dengan menilai peningkatan suhu badan dan menilai lender rahim.
8. Jangan banyak bergerak
Selepas melakukan hubungan intim di galakkan supaya tidak banyak bergerak. Ini kerana mungkin sahaja proses persenyawaan sedang berlaku. Hendaklah rehat seketika dan tidak perlu tergesa- gesa bangun untuk membersihkannye. Dan jangan luruskan kaki buat sementara waktu untuk membenarkan sperma berenang lebih dalam lagi. Kita tidak tahu dalam jutaan sperma yang di keluarkan mungkin salah satu nye akan bercantum dengan telur yang di lepaskan.
9. Banyakkan bersedekah
Kita di galakkan bersedekah dan menziarah bayi yang baru dilahirkan bagi mendapat keberkatan dari Allah. Selain bersedekah kepada bayi, si suami di haruskkan bersedekah pada setiap solat jumaat di Masjid-masjid, mudah- mudahan Allah memakbulkan permintaan kita. Tapi jangan lah kita mengaharapkan ape2 balasan jika kita bersedekah,sebaiknya ikhlas dalam setiap pemberian. Insyallah, dengan banyakkan bersedekah, rezeki kita akan bertambah dan mungkin Allah akan perkenankan doa kita untuk mendapatkan zuriat.
10. Doa
Sentiasa lah berdoa memohon di murahkan rezki mendapatkan cahaya mata. Jangan berputus asa kerana setiap masalah ade penyelesaiannye. Serahkan segala nya pada Yang Maha Esa.
Tapi aku ada rahsia produk yang aku gunakan untuk menguatkan sistem di dalam rahim aku agar tidak gugur lagi. Ada kenalan aku yang memperkenalkan produk nie. Mula- mula memang was-was tentang keberkesanan produk nie. Namun aku sendiri mencuba nye untuk beberapa minggu. Alhamdulillah, kali nie rahim aku agak kuat dan sistem dalam tubuh badan pun kembali baik serta kembali hamil lagi. Aku hanya sapukan setiap pagi pada bahagian perut hingga pangkal rahim. Produk nie halal dan banyak kegunaan nye. Bukan sahaja untuk melancarkan sistem hormon badan malah cream nie boleh di sapu pada bahagian yang mengalami masalah. Misalnye jika kita migrain, boleh di sapukan pada tengkuk, jika mempunyai masalah sengugut pula, boleh sapukan pada bahagian perut dan macam – macam lagi. Yang paling istimewa, jika kita ingin melihat muka kita kelihatan tegang seperti suntikkan botok kita harus menyapukan cream ini pada kedua2 lengan kita dan bukan nye sapu dimuka. Ini kerana kulit muka org Asia tidak sesuai untuk di sapu oleh cream ini. Walaupun harga nye agak mahal tapi berbaloi la jika kita ingin menjaga kesihatan tubuh badan dari segi luaran dan dalaman. Inilah rahsia aku yang ingin di kongsi pada semua.
Inila produk yang aku gunakan…LUMI GLOW…
Walauapapun, ini adalah sebahagian sahaja tips untuk memudahkan proses kehamilan. Ada banyak lagi tips atau petua yang masih boleh di kongsi bagi mendapatkan zuriat. Yang penting, tanamkan lah niat di hati untuk memiliki anak kerana ingin mewariskan agama kita kepada anak dan supaya anak kita menjadi penyambung dalam mensyiarkan agama islam. Insyallah, jika niat kita betul, pasti Allah akan makbulkan. Berusaha la, percaya dan tawakal okay.Chaiyok chaiyokk!!.
























mcm menarikla produk nie..sy dah kawin selama 1 tahun 1/2 tp belum ada tanda hamil…
just nak tau mana kita blh dpt produk nie ???
Produk nie memang saya suka sgt2..byk kegunaannye..tapi mahal siit la..dalam RM 289..tapi memang berbaloi, insyallah..cuba la..kalau nak beli confirmkan dgn saya k. nanti saya dapatkan..
Assalamualaikum… saya baru berkahwin 2 bulan lebih. saya cuma nak minta pendapat puan mengenai apa yang berlaku pada saya. saya duduk berjauhan dengan suami dan kami hanya bjumpa 2 kali sebulan. . bulan lepas saya dtg period pada 10 jun dan saya ber’sama ‘ suami pada 20&21 jun.baru-baru ni saya ada merasa tanda-tanda kehamilan seperti loya, kerap buang air kecil dan period saya lewat 5 hari dari tarikh yang sepatutnya.saya bt ujian kehamilan dan dapati mula2 negetif kemudian timbul stu jalur yang sngat malap.adakah itu berkemungkinan saya hamil? kemudian saya ber’sama’ denga suami dan keesokan harinya saya datang period(13julai)..adakah hubungan kelamin ini boleh mempengaruhi?saya juga rasakan yang saya agak banyak berjalan dan naik turun tangga…saya minta jasa baik puan, apa petua untuk mudah mengandung… terima kasih
Waalaikumsalam anelda..tahniah & selamat pengantin baru ye sebab kamu masih lagi dlm peringkat honeymoon. boleh saya tahu period awak setiap bulan tetap dalam tempoh 28-30 ke tak?ker tak menentu? kalau tetap senang nak kira waktu subur untuk awak ‘bersama’ suami. cthnye, jika period awk dtg pada 10 mei dan bulan seterusnye pun 9 @10 jun, maka tempoh period awk adalh 30-31 hari. untuk tahu hari subur, tempoh 30 hari tadi awak kena tolak 14 hari waktu period..bermakna hari ke 16 selepas period adalah hari subur awk..cuba cari mase waktu begini k untuk ‘bersama’ suami. kdg2 ujian negatif menunjukkkan kita memang benar2 belum hamil. jika hamil sekali pun, ‘bersama’ dgn suami tiada mendtgkan masalah pada kandungan..jika anda sudah berasa ade tanda2 hamil, kurangkan pergerakkan dan bykkan berehat k.. semoga berjaya..
salam…..saya pun pernah keguguran sebyk 2 kali…yg pertama 9 minggu,yg kedua 6minggu…tp sekarang tengah mengandung 11 minggu….tp saya still bleeding macam mengandung yang terdahulu…..doktor nasihatkan saya supaya berehat diatas katil sahaja….saya risau sangat….saya pun dah tak dibenarkan bekerja…saya hanya berehat di rumah…..bolehkah saya kandungan saya selamat….tp bagaimana caranya ye……….
salam..saya pun pernah mengalami seperti awak. tapi untuk kali ketiga alhamduliilah kandungan saya bertambah baik dan kukuh. mungkin sebab saya kali nie terus rujuk pada klinik pakar kerana saya ade sejarah gugur. di klinik pakar doc akan advise yang terbaik untuk menguatkan kandungan kita selain ubat2 yang di beri dan suntikan kuatkan kandungan..boleh tak saya tahu bleeding awak bertambah byk ke setiap hari atau hanya sedikit sahaja? kalau masih bleeding memang di sarankan awak kena berbaring sahaja sepanjang hari bagi mengelakkan keguguran. jgn byk bergerak kerana kandungan masih boleh selamat jika awk byk berehat dan berbaring sahaja selagi tiada ketulan atau cebisan seperti isi ikan keluar dari faraj awak. tapi sekiranye darah keluar dgn byk dan awak terasa sakit yang amat sangat, lenig baik rujuk kepada hospital berhampiran untuk dapatkan rawatan segera samada boleh di selamatkan atau tidak…jgn berlengah sehingga 2- 3 hari pendarahan..masih boleh di selamatkan bayi awak jika awak bertindak segera untuk berjumpa doktor pakar atau hospital..saya doakan awak semoga selamat semuanye..amin..
tq……..anna, bleeding saya kejap ada…jap takde…berwarna coklat perang..tiap minggu saya pergi check-up dan diberikan suntikan untuk menguatkan kandungan saya…awak nak tahu sampai suami saya belikan tempat buang air supaya saya tak banyak berjalan ke tandas…nasib baik ada ibu saya menjaga saya…memang sepanjang hari saya berbaring saja…tu jelah cara terbaik untuk menggelakkan bleeding….terima kasih banyak anna beri nasihat kepada saya…..
sama-sama ina..lepas ikut jer arahan doktor k. kalau perlu bercuti panjang untuk berehat, lakukan je k..nie untuk keselamatan baby dalam perut awak juga..masih boleh di selamatkan lagi. alhamdulillah..ok, nanti kalau semuanye selamat kongsi2 la dgn saya k..take care okay..
Hi.. Tergerak hati saya untuk membaca blog ini dan ianya amat menarik untuk dibaca, thanks for the information… Sebenarnya saya baru sahaja mengalami keguguran pada 14.7.2009 waktu tu doktor scan dan mengatakan jantung bayi saya tidak berdegup lagi… Sebelum ni saya mengalami pendarahan yang berpanjangan kejap ader kejap xda, kejap keluar lendir darah kejap keluar coklat (sejak 20.6.2009) cuma start 2.7.2009 pendarahan mula banyak tapi masih dapat di kawal, saya mendapat cuti selama 5 hari dan diarahkan berbaring saja di atas katil. Saya mendapat suntikan pertama pada 17.6.2009 dan suntikan kedua pada 2.7.2009 bukan itu saja saya juga telah mengamalkan pengambilan folic asid sejak sebelum mengandung lagi, selepas berlaku pendarahan saya telah disarankan oleh doktor pengambilan ubat kuat di samping suntikan yang telah diberikan… Namun Allah lebih menyayangi anak dalam kandungan saya ketika kandungan hampir 3 bulan, kandungan saya sudah tidak bernyawa lagi… Saya terpaksa makan ubat untuk membuka pangkal rahim saya dan membolehkan kandungan saya gugur secara semulajadi, saya juga terpaksa melakukan process “cuci” kerana masih ada sebahagian tisu janin yang tertinggal dalam rahim saya…
Of course saya sangat sedih dan berharap saya akan mengandung lagi… Buat pengetahuan saya telah berkahwin hampir 3 tahun dan keguguran ini adalah kehamilan yang pertama untuk saya dan amat dinantikan selama ni… Sekarang saya dalam process pantang dan saya berharap agar saya dapat hamil lagi selepas ini.. tapi ada rasa takut jugak sebab period saya jenis yang tidak menentu… bukan itu saja sebelum hamil doktor telah menyuruh saya makan pil metformin sebab doktor suspek saya ader penyakit “PCOS” berkaitan telur yang tak boleh matang sendiri… Saya makan metformin dan pada masa yang sama saya makan pil kesuburan.. tup2 bulan seterusnya dah pregnant.. tapi nak buat macam mana dah takda rezeki, anak saya dah takda lagi….
Harap selepas ni saya tak ada masalah untuk hamil lagi… saya dan suami memang telah lama mahukan zuriat dalam hidup kami…
Hi Idura, terima kasih kerana sudi jugak nak baca blog saya yang tak seberapa nie..saya bersimpati dan turut sama2 rase sedih dengan kehilangan bayi dalam kandungan awak baru2 nie. saya juga pernah mengalami nasib yang sama macam Idura cuma cara keguguran yang berbeza. Sebelum gugur saya juga keluar darah coklat yang sedikit2 lama2 ia bertambah banyak setiap hari. dan akhirnye satu hari saya mengalami sakit yang teramat sangat pada bhgn perut dan apabila saya ke tandas..saya sedar saya telah mengeluarkan seluruh embrio dalam perut saya yang pada mase itu berusia 8 minggu. saya terus di bawa ke HKL bersama suami untuk pemeriksaan. Tapi doc mengesahkan perut saya sudah kosong. saya juga buat proses “cuci” atau D&C untuk membersihkan sisa2 janin yang ade. Saya harap, Idura redha dgn ketentuan Ilahi ye. saya sarankan Idura berpantang secara konsisten kerana berpantang baik untuk sistem dalam badan dan dpt memanaskan kembali luar dan dalam bdn kita. Jika perlu memakan herba2 yang sgt pahit dari tukang urut, makan shj. Supaya semua sistem dalam badan mberjalan lancar dan bertambah baik. teruskan dengan amalan Asid Folic itu setiap hari. Pilih hari2 subur awak untuk bersama suami macam yang saya katakan dalam slot saya di atas. Kalau boleh ikuti tip2 saya dalam slot nie, insyallah Idura pasti berjaya. Jangan rase down kerana Idura tak dapat hamil kali nie. Idura bukannye tak boleh hamil, masih boleh hamil. Mengikut cerita Idura, Idura dan suami kiranye subur la jugak kerana awak berpeluang hamil walaupun untuk seketika. Tapi mungkin rezekinya bukan sekarang. Bykkan bersabar yer.Buat masa nie, jgn terlalu tension dan memikirkan sgt tentang anak. biar ia dtg secara semulajadi. jika kita tak stress insyallah rezeki tu akan dtg juga..Saya doakan Idura akan berjaya hamil lagi selepas nie. sama2 kita doa okay. Yakin, rezeki dari Ilahi. Setiap org punyai rezeki masing2. Usaha, Doa dan tawakal..amin..
Thanks sebab reply comment yang saya tulis… Memang sekarang saya berpantang habis-habisan cuma tak ler minum apa2 herba2 sebab makcik yang mengurut saya kata peranakkan saya dalam keadaan baik, cuma memerlukan saya berehat banyak, waktu berpantang dulu ada bertungku ke? sebab suami saya kata tak payah kerana katanya saya berpantang kerana gugur dan bukannya kerana beranak lagipun perut saya tidak besar waktu tu memandangkan saya ni pun orang yang berbadan sihat. Pasal pemakanan Asid Folic, boleh ke saya makan sekarang dalam waktu berpantang ni? Kalu boleh besok saya akan start makan.. Selepas proses D&C darah keluar berapa lama? macam saya hari ni dah masuk hari ke-9, darah dah berkurangan tapi bila pagi boleh nampak masih ader lendir darah yang berwarna coklat… bila tengahari sampai ke malam dah takda plak.. Mungkin luka dalam tak sembuh sepenuhnya.. Rasanya takda apa kan?? Maybe ini adalah process pemulihan rahim sebab dah kena buat D&C kan?? Hmmm tips2 yang diberikan memang berguna, semoga Allah memberi peluang sekali lagi kepada saya untuk menjadi seorang ibu… Thanks Anna atas semangat yang diberikan… Harap kita boleh jadi kawan!!!
No big deal untuk reply msg awk. Memang seharusnye awk kena byk sgt berehat sekarang. Bukan setakat shj dari segi luaran tetapi juga bykkan rehat dalaman ye. Selalu lah berfikiran positif okay. Dgn begitu hidup kita akan tenang dan hepy shj. Saya berpantang sama seperti org yang bersalin berpantang. Cuma bezanye org yang keguguran berpantang selama 2-3 minggu shj. Berpantang means makan makanan rebus dan kukus, bertungku, berbengkung dan lain2. Minuman herba2 hanya untuk memanaskan dalaman badan dan membuang toksik dalam badan. Hasilnye badan kita akan kemerah2an cantik dan terasa sedap seperti keluar dari sauna. Darah pula memang akan keluar sehingga 2 minggu. selepas 2 minggu baru lah kita mandi wajib, sama seperti darah nifas. Ia tak sama dgn darah haid yang hanya keluar selama 7-8 hari. Jadi jgn risau okay. ini perkara normal. Asid Folic tak merbahaya untuk kita kerana mengandungi kalsium yang sgt tinggi. Bukan shj untuk kehamilan semata mata. Harap info nie berguna untuk awak. Sama2 juga dari saya atas respon2 awak. Of course kita sudah pun menjadi kawan. Jika ade berita gembira selepas ini, jgn lupe beritahu saya okay..Semoga berjaya..
assalamualaikum…sy baru berkahwin 2 bulan yang lalu, dan sekarang ni masih tiada tanda untuk hamil.. boleh sy tanya, klu period tidak menentu, sukar ke untuk hamil? baru2 ni sy ada ambil asid folic. boleh sy tahu berapa lama perlu ambil bagi membolehkan sy hamil?… thanks anna..
waalaikumussalam…masih terlalu awal jika awak nak risau tentang masalah kehamilan. kalau period tak menentu bukannye tanda untuk sukar hamil. cuma ape yang penting waktu subur bersama suami adalah bile. Skang nie di pharmacy byk alat Ovulation Test leh tentukan waktu2 subur kita dan ini leh bagi petunjuk bile kita leh bersama suami. Lakukan lah pada waktu2 subur k..Asid floic hanya sokongan untuk tambahan kalsium dalam badan di samping menjaga pertumbuhan bayi (jika ada) dlm kandungan. Selamat mencuba yer.
salam, saya terpanggil untuk turut menulis diruangan ini. untuk pengetahuan, saya telah menjalani proses d&c pada 23 jun 2009. seperti kata doc. jantung bayi tidak berdegup. masa 2, sy preg dah 3 bulan.
tapi bayi xde grow start umur 9minggu. darah sy berhenti slps wat d&c selama 3minggu gak la. pas 2 baru ble mandi hadas. pasni dlm proses tawakal(doa) + berusaha. mmg sedih la sbb 1st bby. tapi mungkin ‘dia’ nak tunggu kita ‘disana’ nanti. Allah lebih sygkn ‘dia’ dari kita. saya plan nak dpt bby taun depan.
doakan sy k
wasalam…
assalammualaikum,di sini saya ingin ceritakan masalah yang saya hadapi.saya telah berkahwin selama setahun 7 bulan.namun setelah setahun berkahwin,kami masih belm di kurniakan anak.pada bulan mac 2009, saya telah di berikan brita gembira bahawa saya telah hamil.berita ini amat dinantikan oleh saya dan suami.tetapi kandungan saya hanya bertahan selama dua bulan setengah sahaja.pada bulan mei saya telah mengalami keguguran setelah turun darah selama hampir dua minggu.saya amat sedih kerana zuriat ini amat di nantikan.namun saya redha.saya mula mengalami pendarahan setelah pulang dengan menaiki bas dari besut terengganu ke pahang.mungkin perjalanan yang jauh telah menyebabkan saya keguguran.di sini saya ingin bertanya adakah masalah kesuburan berkait dengan pertalian keluarga kerana saya mempunyai 4 orang sepupu yang tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin? adik saya juga telah hampir 3 bulan berkahwin namun tiada tanda untk hamil.harap puan dapat membantu
salam to cik siti..thanks sebab sudi kongsi2 cerita dlm ruangan nie..harap cik siti byk2kan bersabar k. mmg bile kita mengalami keguguran terasa sedih dan down sgt. Tapi mesti percaya setiap yang berlaku mesti ade hikmah nye kan..Cuba la tips2 yang saya bagi..mane tau insyallah menjadi..saya doakan yang terbaik buat cik siti okay..
waalaikumussalam…takziah saya ucapkan tentang keguguran rose baru2 nie..bagi saya perjalanan jauh yang lebih menyebabkan keguguran itu adalah penyebab sahaja kepada punca keguguran. selebihnye Allah yang Maha Mengetahui..Kita kena percaya pada setiap yang berlaku mesti ade hiknmahnye..mungkin hikmahnye kandungan tidak menjadi sempurna menyebabkan keguguran di peringkat awal..Sekiranye puan rose sudah pernah hamil tapi keguguran. ini bermakna puan rose dan suami memang sihat dn subur kerana berjaya hamil walaupun tak sempat melahirkan nye..cuma mungkin tinggal, belum sampai lagi rezki puan rose buat mase ni..cuba lagi dan jgn putus asa k..cuba tips2 yang saya bagi macam di atas..janji kita usaha sampai dpt. menjawap soalan terakhir puan, faktor baka keluarga mungkin penyebab kepada masalah kesuburan. Tapi dalam dunia nie, ade banyak penyelesaian yang boleh kita selesaikan bagi masalah nie. jgn jadikan ini alasan atau penyebab utama yang masalah kesuburan adalh kerana baka keluarga yang tidak ramai..puan sudah terbukti subur dan boleh hamil..hanya mase jer yang belum tepat untuk puan mendaptkan zuriat lagi..kalau boleh rujuk doktor pakar untuk mengesahkan sistem badan puan dlm keadaan baik okay..selamat mencuba..
terima kasih atas kesudian puan reply mesj saya…insyaAllah mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan suami menimang cahaya mata. terima kasih..chiyok!chiyok!!!!hehe…;-)
assalamualaikum…saya pun pernah keguuguran ank pertama pada bulan 9 2008..masa tu kandungan dah 3 bulan…sebelum keguguran berlaku sy mengalami sakit pinggang yang amat sangat sehinggalah saya dimasukkan ke wad selama 3 ari..semasa di dlm wad ari2 sy di bg makan ubt sahinggalah sy keluar wad..sy di beri mc untuk berehat..dalm tempoh 2 minggu sy berehat sy diminta dtg semula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut..pd ms itu lah doktor mengesahkan kandungan sy sudah mengecut dah x membesar..tp sy x mengalami bleeding or sebagainya…sy amt sedih sgt kerana itu baby first sy..hya thn sj tahu apa perasaan sy pd masa itu..so sy tpaksa kna cuci or DnC..so sya redha dengan ujian tuhan.skarg sy tlh mengandung semula dah msuk 11 minggu.apa yg merisaukan sy sy asyik batuk xberhenti2 sudah hampir sbln..sy sudah pergi mengambil ubt tp xbaik2 jg..jd sy mencuba petua org dulu ckp minum madu lebah dengan air asam limau nipis…sy nak tya bolehkan sy ambilny semasa peringakt awai kandungan 2 bulan ni?tolong lahh sya takut sbab sy dah amalkan meminumnya dah 4 hari…kata org madu tu pns.adakah akn menyebabkan keguguran…???
walaikumussalam..takziah atas keguguran anda yang lalu..dan tahniah kerana telah berjaya hamil kembali..jika puan ade berjumpa doktor untuk mendpatkan rawatan batuk, ade tak puan terangkan pada doktor yang puan hamil? ini sangat penting untuk pengetahuan doktor bagi memberi ubatan yang sesuai untuk ibu mengandung. ubat ibu mengandung mempunyai dos yang sgt rendah agar tidak membahayakan kandungan. memang apabila kita sakit atau demam memang agak mengambil mase untuk baik kerana ubat yang di beri tidak berapa kuat. Elakkan dari tempat2 yang berhabuk yang boleh menambah keburukan kepada sakit puan itu. madu memang amat baik utk ibu mengandung dan bukan “panas” sperti yang di sangka. malah memberi kecergasan dan tenaga sepanjang kehamilan nanti. tetapi tk mengambil limau nipis saya sarankan supaya berhenti dulu meminum air ini. kerana limau nipis mengandungi asid yang boleh menghakiskan lapisan perut jika diambil berlebihan. bimbang ia akan mengganggu pertumbuhan bayi. Puan teruskan juga memakan ubat2tan yang di berikan oleh doktor sehingga habis. Insyallah, semuanya akan selamat. Cuma berhati2 dalam memilih makanan “panas” dan jaga kesihatan sebaik mungkin. Semoga semuanya selamat..amin.
10 q ats nasihat anna..sebenarnya doktor dah tahu yg sy dah mengandung.tp ubat yg doktor bg x juga bkesan malah sy lagi batuk.so skrg sy dah x lagi mkn ubat yg doktor bg..dan saya jua bhenti minum madu dengan perahan asam limau…sebab takut..hehehe..sebab sy tahu madu tu baik utk ibu mebgandung tp pd peringkat dah membesar (5-9bulan)..peringaktaawal2 ni sya xtahu plak..apapun tima kasih krana bg nasihat k..doakan lah kandungan sy kali ni selamt.amin..
u welcome gemini…ape yang penting jaga kesihatan baik2 okay..hati2 dalam memilih pemakanan..pilih makanan yang mengandungi khasiat yang tinggi..ini penting waktu di awal kandungan..saya doakan awak berjaya hamil kali nie dan selamat melahirkan nanti…amin..
Saya agak keliru dgn situasi saya skrg. Saya disahkan mengandung 2 minggu yg lalu. Pada minggu ke5 saya start bleeding. Dr beri saya ubat utk stop the bleeding. Second time saya jpk ngan dr bleeding saya still sama so dia inject hormon to stop it. Npk berkesan sbb bleeding saya dah stop. saya ingat smuanye ok sampai le selasa lepas bila saya jpk dr dn buat scan, dr ckp tak npk apa2 perkembangan dlm rahim saya. Masih sama mcm minggu ke5 as if baby dh stop developing since then. Sedih sgt masa tu sbb saya igt tk bleeding means dh okay.
Skrg ni saya masih tunggu untuk natural miscarriage, tapi tak de tanda2 lagi pun. Kalau tak bleeding gak saya kena buat DnC ker..? Apa possibility saya nak mengandung lagi? FYI ini kandungan yg pertama.
Hi emi..hmm macam agak rumit gak masalah awk nie..ape yang saya rase takut ubat yang di beri doktor utk stop bleeding turut menghentikan heartbeat baby awk. ade tak doc sarankan awak bykkan baring dan berehat sahaja di atas katil sepanjang awk bleeding? dan semasa awk bleeding pernah tak keluar seperti isi ikan dalam darah awk? saya juga khuatir janin sudah gugur lagipun kandungan baru 5 bulan. Janin terlalu kecil utk di lihat. Maknenye awk sudah pastikan awk sudah keguguran dan baby sudah tidak ade lagi? Saya sarankan awk berjumpa doc utk pengesahan dan kalau boleh lakukan DnC secepat mungkin takut awk akan mengalami tumpah darah yang sgt byk nanti yg boleh menjejaskan kesihatan awk. Untuk awk mengandung lagi tiada masalah kerana bukannya awk tidak boleh mengandung langsung. Cuba dan usaha lagi okay..Insyallah, saya doakan awk berjaya hamil lagi nanti..
Hello, terima kasih ngan tips yg diberikan. Saya pun tak pasti masa bila saya keguguran. Yg pasti masa saya buat scan minggu ke5 dr ckp blum npk apa2 lagi. Bila saya buat sekali lg masa minggu ke6 tak de perubahan dlm ultrasound. Masa tu ler dr sahkan saya gugur. term yg sesuai untuk kes saya is missed abortion. janin still di dlm rahim saya tetapi dh berhenti develop. Dr ada sarankan saya berehat tapi tak sampai berbaring saja. Saya dah buat appointment berjpk semula dgn dr khamis ni dan kalau still tak de apa2 perubahan dia akan buat DnC ke atas saya.
Oh ya, perlu ke saya berpantang mcm org lepas bersalin? Bagaimana ngan mengurut, adakah ia perlu jugak? Saya juga mendoakan smuga akan hamil lagi dpm masa terdkt ini.
Takpe emi..mungkin belum rezki awak lagi..tapi, jangan putus asa berusaha k..kalau kita berusaha lagi insyallah berjaya..saya rase kalau kandungan awak baru 5-6 minggu, mungkin sakit keguguran tu tidak terasa sgt berbanding yang keguguran yang sakit sgt.bile darah keguguran sudah banyka keluar melebihi seperti darah haid mungkin rahim kita sudah jatuh kebawah…so, lebih baik berpantang…tapi bagi saya awak perlu berpantang dari segi makanan, berurut dan berpantang juga waktu bersama suami..ini utk menaikkan balik sistem peranakkan awk yang telah jatuh sejak keguguran lagi..mungkin amik mase 2 minggu saje..bile kita mengambil langkah penjagaan awal, maksudnye badan kita bersedia untuk hamil semula. Hormon2 kita akan jadi fresh seperti anak dara dan bersedia untuk “memproduktif”kan diri..ape pun terpulang pada awak..samada nak berpantang & berurut atau tidak..kalau berurut tak perlu sampai 2 minggu..cukup sekadar 3 hari berturut2 dilakukan.. k, take care..selamat mencuba..
Thanks Anna, saya ingat mmg nk berurut sbb mmg bagus untuk badan pun…pantang pun saya tak kisah..boleh jaga pemakanan plus kurang makanan berlemak and miyak…ur responses mmg byk membantu saya dlm hal2 ni, ye la first pregnancy kan..mana ada pengalaman sgt. skrg saya tahu apa yg patut buat serba sedikit….terima kasih sangat2 dgn tips and information. Saya berharap sangat akan mengandung semula dlm masa terdekat. Dengan izin Allah..Amin
amin.moga2 smuanya selamat..ada x disebabkan terlalu batuk boleh menyebabkan kita keguguran?.kadang2 sya rasa risau dan takut pun ada.memandangkan saya belum lg membuat pemeriksaan kandungan sy..samada oktau tidak.harap2 tak ada apa2 yg berlaku.
Batuk tak memberi kesan sgt pada bayi melainkan kuman yang awak sedut mungkin menggangu kandungan. ape yg penting berhati menjaga kesihatan okay. elakkan tempat2 berhabuk & kalau ade alergy pada habuk, pun elakkan. kalau boleh lakukan pemeriksaan samada kandungan awak sihat atau tak. untuk langkah awal sahaja..jangan terlalu risau, dan bergembira lah kerana awak telah mengandung. ramai lagi yang di luar sane sukar sekali untuk hamil. sama2 kita bersyukur k. jangan stress atau berada dlm tekanan kerana di takuti mengganggu perkembangan baby nanti..Ok, selamat menempuhi alam ibu..
10 q..harap2 mcm tu la…doa2kan la sy selamat mengandung dan melahirkan yer..xsabar2 nak jd mama nie..heheh..10 q byk anna sbb sudi bkongsi masalah ngn sye dan thank ats segala nasihat anna tu k..
sis, nk tnye..pe tanda2 awal hamil?
saya bru berkawhwin 3bln…
sgt berharap pregy buat msa terdekat nie…
last month rse mcm dh preggy,last2 frust coz period,tp period ckit jew, dlm 2ari jew…
hope sis leh bantu …
tq
Hai cik puan muda..hmmm baru lagi ye melangkah alam perkahwinan..tahniah ye..cik puan muda leh baca slot dlam blog saya untuk tanda2 awal hamil..situ saya terangkan semuanye..mungkin belum rezki lagi puan. tapi insyallah, jangan putus asa mencuba k..baca blog saya k…saya doakan puan cepat2 hamil dalam mase terdekat nie..amin.
hello Anna, I dh slamat buat dnc jumaat lepas….alhamdulliah smuanye berjln dgn lancar. Saya tak tau le kalau org lain, tapi saya rasa saya dh ready nk mengandung smula. Sedih mmg sedih sbb dah lost the baby…tapi dlm masa yg sama perasaan masa mengadung walau skjp tu buat I rasa better. Insyaallah dengan izin Allah harapnye segalanye berjln dgn lancar… Amin…
Hi emi, Alhamdulillah semua dah selesai yer cume tinggal nak ready untuk mengandung semula jer yer..ok la tu. Yang penting bersedia dari segi mental dan fizikal. Jangan sedih2, bukan awak tak leh mengandung. awak boleh pun mengandung, cume rezki belum ade lagi. Percaya pada hikmah Allah okay. Saya doakan awak berjaya hamil nanti k..amin..
hi anna,
sy ada 1 anak dlm 6 thn kawin dh 5x gugur, pd peringkat mula memang sy jd tertekan dan sedih sgt sampai asyik nangis tiap2 kali period. Tp hubby mmg a good husband , dia byk beri perangsang n semangat.
sy penah 5x gugur, 1st masa 2 bln lps kawin kira bunting pelamin kejadian tu jd masa keja tau2 bleeding ( bln 2 2004)yg ni bt dnc, 2nd lepas pgnat dlm 7 week jd lagi tp yg ni sy tk bt dnc sbb takut rosak rahim kalau bt dnc kerap2. pas2 kejadian tu dlm 8 bln, sy pgnant kali ke 3 n jumpa bidan, dia ckp rahim sy rendah so dia angkatkan bg tinggi. syukur anak sy selamat lahir bln 1 2006. pastu sy sambung belajar so sy n hubby bt planning sendiri x nak pgnat dulu. tp bila dh hbs study thn lepas sy pgnant utk kali ke 4, tp bleeding pd week ke 5 n terus keguguran. kali ni sy bt dnc. thun ni bln 2 2009, sy pgnant lg tp masuk 6 week jd bleeding so sy g jumpa dr nak minta ubat kuat rahim tp dr ckp kalau bleeding biarkan mungkin baby yg sy kandungkan tu x chat so sbb tu dia x kuat n dr ckp lg kalau baby tu chat dia akan grow tanpa ada masalah. tp dr tetap bg ubat kuat rahim so sy mkn tp keesokkannya bleeding makin banyak n diikuti dengan ketulan daging sebesar ibu jari, sy tau baby sy dh xde. sy mmg sedih sgt masa tu. sy pganat la bln 5 2009, tp gugur lagi bln 6 yg lepas. tp kali ni sy betul2 pasrah n redha dgn ketentuan Allah kepada sy.untuk pengetahuan anna, sy ni boleh dikatakan jenis yg mudah gak la pgnant tp tak tau nak ckp maybe rahim x kuat sbb tu bila pgnant masuk 5 atau 6 week terus gugur. untuk pegetahuan anna jgk , tiap2 kali pgnant sy bt pgnant test sendiri n sy tau la jugak ckit2 nak kira waktu subur. sebab period sy jenis yg tetap tp masalahnya sy ni tak tau nak bt mcm mana cara atau iktiar utk kselamatkan baby sy bila dh pgnant. mcm yg sy bc dlam blog anna ada tunjukkan sejenis krim. so boleh tak bg tau kat mana sy boleh beli krim tu?. krim tu pakai masa dah pgnant atau sebelum pgnant? berapa harga krim tu?
Hi Sha, saya turut sama simpati dengar cerita awak nie. Saya banyak juga dengar dan mempunyai ramai kawan2 yang mengalami keguguran byk kali. Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap keguguran nie. Seperti yang saya tulis dlm blog saya dalam tajuk simptom dan punca keguguran, ia adalah sebahagian dari nye. Cara pemakanan kita, pembawakkan emosi dan penampilan kita banyak memain peranan dalam menjaga kandungan dalam rahim. Sha boleh dikatakan wanita yang subur kerana berpeluang untuk hamil. Cuma mungkin dari segi rahim mungkin agak lemah sedikit. Kadang2 keguguran berlaku mungkin disebabkan kandungan tidak menjadi dan mungkin mengalami kecacatan yang kita tidak jangka. Jadi ia gugur di peringkat awal. Saya suggest sha, amalkan mengambil ubat asid folic yang boleh didapati di farmasi atau klinik2. Walaupun belum mengandung lagi, sha boleh ambil asid folic untuk rawatan awal. Kalau boleh kurangkan makanan ringan dan banyak makanan yang berzat seperti kekacang, sayuran dan buah. Mengenai krim yang saya tunjuk itu, memang terbukti berkesan. Ramai dah menggunakan nyer terutama ibu2 yang kerap kali keguguran. Daripada testimoni, ramai yang beri respon yang sgt baik. Kalau sha berminat harganye dalam RM 285.00. Ia teknologi dari German dan bukan sahaja boleh disapu pada perut untuk menguatkan rahim, malah boleh ubati penyakit ketidakseimbangan horman dalam badan dan boleh memperbaiki struktur kulit. Jika untuk sha, hanya sapu pada perut 2 kali sehari sehingga kandungan benar2 kukuh. Pernah ade seorang isteri keguguran sebanyak 8 kali sebelum mendapat seorang anak. Tapi dgn izin Allah dia ikhtiar dgn krim nie dan Alhamdulillah dia dah pun mempunyai cahayamata kini. Krim nie perlu dipakai sebelum hamil untuk menstruktur balik ketidakstabilan horman dalam badan dan mengukuhkan kedudukan rahim. Kalau sha berminat boleh la mencuba nye. Selagi kita berusaha pasti kita akan berjaya. Jangan berputus asa ok. Ramai lagi yang diluar sana yang masih belum berjaya mendapatkan cahaya mata. Jadi sentiasa bersyukur dan bertawakal ok. Saya doakan sha, dimurahkan rezki lagi, amin…
hi anna,
tima kasih coz sudi respon problem sy ni. yg sy confius ni kt mana sy boleh beli krim ni. teringin sangat nk try. mana tau ada rezeki dpt baby yg ke 2. kalau anna x keberatan boleh la bg tau tempat2 kt mana sy boleh dpt kannye….
Sha,actually saya ade extra stock coz saya beli 2botol untuk prepare hamil. Tapi hanya dgn sebotol saje Alhamdulillah saya dah berjaya hamil. So saya masih ade extra 1 botol lagi. Kalau sha betul2 berminat boleh dapatkan dengan saya. Sha boleh email kepada saya alamat sha kepada saya di siti_ana@yahoo.com. Kemudian saya akan beri no akaun saya untuk pembayaran. Plus kos penghantaran courier RM 6. Saya akan sertakan sekali CD testimonial & CD cara2 penggunaan nye sekali mengenai keberkesanan produk ni.
askum…saya nak tanya,saya berkahwin selama 8 tahun tapi belum juga mendapat cahaya mata,kerana saya ada sedikit masalah,apa kah yang harus saya buat belum tolong saya…
hai norazmawati…salam..sabar banyak2 ok..semua ade hikmah nyer..awak jgn putus asa walaupun 8 tahun mencuba..setiap masalah ade penyelesaian nye…kalau saya boleh bantu saya akan bantu..mungkin kita boleh share something…baca blog saya mengenai kehamilan..mesti awak akan paham…
Hi anna, saya dah hampir setahun saya berkahwin..masih belum ada rezeki..berminat dengan kirim yang anna promo tu…satu botol cream boleh tahan berapa bulan?
hi ida, kalau krim tu boleh tahan sebulan ke dua bulan la jugak, ikut pada penggunaan. InsyaAllah, kalau kite betul2 ikhtiar mesti berhasil..Doa banyak2 k..
salam..saya tertarik dengan blog ni…saya dah hampir 4 bulan berkahwin tapi masih belum ada tanda2 hamil lagi..di awal perkahwinan dulu saya ada rasa2 loya ngan pening kepala,tetapi saya ni jenis yang selalu tertekan,pemarah,cuma saya nak tahu adakah emosi2 saya yang sebegini mempengaruhi kesukaran saya untuk hamil….saya betul2 ingin tahu…
salam..terima kasih kerana membaca blog saya…selamat pengantin baru kalau tak terlewat lagi..jangan risau tentang masalah hamil..awak baru sahaja berkahwin 4 bulan..masih banyak lagi mase untuk hamil. Sifat2 yang ade pada diri awak tu bukan penyebab utama awak tidak hamil. Namun sifat2 tu boleh beri kesan sampingan yang boleh memudaratkan bayi jika awak hamil nanti. Yang penting untuk hamil, jangan terlalu stress dan kalau boleh berada dalam keadaan yang tenang. Cuba ‘bersama’ diwaktu subur awak ok. InsyaAllah ade rezki awak akan hamil..Saya doakan untuk awak ok….
salam….sy nk tnye,sy bru sbln brkhwin..tp ad tnda2 mgandung,pale pning cm nk pitam,perut kram,& loya2..sy knfius lah…sbb sy period awl bln & brkhwin pd akhir blnnye..apkh betol sy mgandung…?
salam….sy nk tnye,sy bru sbln brkhwin..tp ad tnda2 mgandung,pale pning cm nk pitam,perut kram,& loya2..sy knfius lah…sbb sy period awl bln & brkhwin pd akhir blnnye..apkh betol sy mgandung…?
hi wanie, sory lambat lak reply..hmmm…maybe awak mengandung kot…tak kisah kalau awak period sebelum kawin..tapi kalau dah tak period lepas kawin kena kisah k…saya rasa ade berisi kot…cube test HPT k…wish u luck..kalau iye, tahniah dari saya okay
Hai suhana…saya tertarik dengan tips yg suhana berikan mengenai untuk hamil. Saya sudah 3 tahun berkahwin.Adakah sis yg ada di dalam peranakan tidak boleh membuat saya mengandung.
hi wawa, terima kasih kerana membaca. Cyst saya rase hanya penyebab saje tapi bukan penghalang untuk awak tidak hamil. Kalau awak dah lakukan operation, cuba cara berurut untuk naikkan kembali sistem peranakkan awak. Berurut baik untuk mengembailikan dan melancarkan darah. InsyaAllah jika kena mase bersetubuh dan kena pada masenye, mesti awak akan hamil juga nanti.Sya doakan awak yer..
saya baru keguguran pd 7/4/2010,kandungan saya 3 bulan 2 minggu…doktor mengatakan kandungan saya tak menjadi…baby kecil sgt…tetapi saya turun darah sndiri n lepas tu cuci.saya nak tahu tentang krim yang saudari bagi tahu…berapa harga dan macam mane nak membeli krim tu.
hi rosnita, sorry atas keguguran awak..byk2 bersabar k..InsyaAllah pasti ade hikmah semua tu. Krim tu seingat saya dalam RM 198 rasenyer..boleh order dgn saya ke dulu,. nanti saya try tanye kawan saya ade lagi ke tak k..
saya baru saja keguguran pada 15-05-2010, sedih sangat2…normal kah selepas keguguran saya cek urine still +ve n berapa lama darah keluar selepas keguguran..saya tidak menjalani dnc
lupa nak kasitau.. doc kata dlm rahim bersih…saya keguguran mungkin disebabkan tekanan yang melampau ditampat kerja
hi cynta,
sorry saya agak kebz an sket lately nie. sorry juga dgr pasal miscarriage awak. harap bersabar byk2 k. mungkin belum tiba rezki awak lagi. percaya pada qada’ qadar k. kalau lepas keguguran darah memang akan keluar macam darah haid. Maybe akan keluar dalam 2 minggu. Sya pun pernah mengalami macam awak juga. Sya tak dnc. Tapi saya tak sure kalau awak check still +ve lagi kehamilan..better dapatkan nasihat doc mengenai tu. Kalau leh bace entry saya berkenaan kiraan waktu subur. InsyaAllah, kalau ade rezki, awak pun akan juga nanti. Yg penting berdoa k. Saya doakan awak.
Saya pun dulu tak buat dnc sebab baby saya gugur habis keluar semua..memang perut saya dah kocong mase tu. Stress adalah salah satu sebab. Stress boleh mnyebabkan bayi tak dpt develop dgn baik. Tu yang berkemungkinan akan gugur. Harap awak jgn stress2. Byk kan berehat dan think +ve. Sentiasa be happy k. InsyaAllah akan smooth jer semua..
Tq sebab bagi jawapan kan solan saye…sedap sikit hati..harap2 rezeki akan datang dengan cepat…Amin..
salam sweetie….
Saya penah hamil tahun 2009, tp miss abortion tak sampai 2 bulan kandungan. coz…dlm sebulan tue ada bleeding. dr skit2 lama2 bleeding tue jadi byk…..saya lambat jumpa doc pakar. after jumpa doc pakar, d beri suntikan hormon & ubat hormon. then scan. kat scan tue…baby mcm dah tak da harapan. dlm ati mmg dah dpt rasakan yg kandungan dah gugur. sedih…hanya Allah swt jer yg tau.
then, sekarang….saya hamil lagi. sebulan setgh kehamilan…saya mngalami bleeding lg. terus ke doc pakar….then doc, scan…..ada lagi janin dlm tue….terus doc bagi suntikan hormon & ubat hormon. and d beri cuti rehat. dan d suruh rehat serehat2nya. bleeding dah stop. alhamdulillah. syukur pdNya.
tp, dekat masuk 2 bulan (seminggu lagi nie)…ada bleeding lg skali. & ada ketulan skit. risau & sedih tak terkira. hingga mlm tue tak dpt tdo. berzikir & berdoa byk2. moga2 janin slamat.
pagi tue…terus ke doc pakar…check/scan lg skali. Alhamdulillah. janin dlm kandungan slamat. & mbesar. Syukur pdNya. doc bagi suntikan lg & pil hormon yg kuat dos nya. And, doc sarankan…ambil suntikan seminggu skali sehingga usia janin 3 bulan.
Soalan saya….kenapa boleh jadi begitu ya sweetie? asid forlic dlm sehari di ambil berapa biji & brp kali? Dulu sweetie juga mngalami masalah sama spt saya ka? apakah mknn yg paling ssuai utk ibu2 yg hamil yg mmpyi masalah spt kita ini? stime saya sedih mmikirkan masalah ini. sedih tgk hubby jer yg masak/ kemas umah. saya dok baring atas katil, 24 jam. stimes boring…kan? tp, demi anugerah Allah swt yg d beri…ku gagahi jua dgn penuh sabar.
tlg reply k..sweetie.
hi yasmin, nice to meet you..sweetie kew?hehe..saya pun mengalami macam awak. tapi bile dah 2 kali gugur sebab kandungan tak kuat, terus rujuk doc pakar n dapat suntikan. memang kena byk rehat. Yang pasal keluar darah mase mengandung ade juga dengar cerita dari kwn2. Tapi saya tak pernah lagi kuar darah bile dah confirm hamil. Saya sarankan yasmin banyakkan berehat secukupnye. Jgn terlalu stress sebab itu mempengaruhi perkembangan bayi dalam perut.
Untuk asid folic memadai amik 2 biji sehari. Sangat penting tau untuk pertumbuhan janin dalam perut. makanan pula jangan makan makanan seperti nenas sebab kdg belum menurunkan darah sebab tajam. Maybe org ckp mitos tapi itulah hakihatnye. Awal2 bulan memang biasa lah alahan takleh buat itu ini, bau masakan pun leh loya. InsyaAllah bile kandungan dah masuk 4 bulan semua akan normal kembali. Jangan sedih2 k. Ini semua untuk baby tercinta. Kena belajar berkorban dari skang. esok dah lahir lagi byk perlu dikorbankan.
Bleeding semasa hamil sepatutnyer tak boleh berlaku. Tapi disebabkan awal masih dalam 1st Trimester maybe akan berlaku sedikit bleeding. Make sure kena dptkan nasihat doc if darah byk. Kalau cepat dptkan rawatan, InsyaAllah baby boleh selamat lagi. Yang penting mood mesti happy mase mengandung nie k. Jgn stress n jgn letih2. Saya doakan awak semoga semuanye selamat. Bile dah ok, khabarkan lah kat sini ek..
salam suhana.
Saya baru berkahwin bulan 3 baru nie. Saya mempunyai kitaran haid 40 hari.Camne saya nak mengira waku subur saya dan saya boleh mengandung tak? Adakah saya perlu berjumpa pakar…
Hi Kaseh,
Saya ambil balik sedutan blog saya :
“Pilih lah hari-hari yang menunjukkan kita subur untuk mengadakan hubungan intim dengan suami/isteri. Tidak ada guna nye jika kita melakukan hubungan intim bersama pasangan setiap hari jika kita tidak melakukan pada waktu subur si isteri. Dalam sebulan hanya SEKALI sahaja telur akan dilepaskan atau di senyawakan oleh wanita dalam tempoh ovulasi. Waktu subur ini senang untuk di hitung jika kitaran haid wanita adalah tetap setiap bulan. Misalnya kitaran haid sesoeang wanita adalah antara 28- 30 hari. Jika 28 hari hendaklah di tolak 14 hari kitaran haid, bermakna hari 12 -16 selepas haid adalah waktu ovulasi di lepaskan. Maka, hubungan intim boleh di lakukan pada hari tersebut. Sebaik- baiknya hubungan intim di lakukan 2 hari sebelum ovulasi atau pada hari ovulasi kerana telur hanya boleh hidup 24- 48 jam sahaja bila di lepaskan. Jika kitaran haid tidak menentu, cara yang terbaik adalah cuba alat ujian ovulasi atau Ovulation test. Lakukan test pada hari ke 14-16 lepas haid. Jika garis merah bermakna ovulasi telah berlaku. Antara cara lain untuk mengenal pasti waktu kesuburan adalah dengan menilai peningkatan suhu badan dan menilai lender rahim”.
Kalau kaseh mempunyai kitaran haid 40 hari, maka 40hari ditolak 14 hari kitaran selepas haid. Bermakna hari ke 22-26 selepas haid hari pertama, kaseh boleh bersama suami. telur kita hanya hidup 24 – 48 jam iaitu 2-3 hari sahaja. Jadi rancang sebaik2nye ok.
Gudluck!
terima kasih atas nasihat n pandangan suhana. sekarang baru saya faham tentang mengira waktu subur. info yang suhana berikan ini amat berguna untuk saya. terima kasih sekali lagi. semoga saya mendapat rezeki dari Allah. Amin.
Sama2.Ape salah nye berkongsi benda yang saya tahu. Kaseh masih baru berkahwin, masih banyak lagi mase untuk mencuba. Yang penting jangan putus asa okay. saya doakan semoga kaseh dimurahkan rezeki, amin..dah ade isi nanti jangan lupe inform k..
Salam Anna,
saya dah kawin 7 tahun. Saya dan suami pernah buat medical check kat hospital, alhamdulillah kami sehat, tak de masalah. Suami punya sperma pun ok. Masalahnya, saya kalau uzur ada senggugut. Setiap bulan, masa uzur saya akan gosok minyak panas, kerana tidak tahan sakit senggugut. Saya tidak mau mengamalkan makan ubat. Saya hanya minum air masak sengugut, tetapi sakit sengugut saya masih ada. Saya tidak tahu apa kah masalah saya sehingga belum mengandung hingga kini. Orang-orang tua kata, saya tak mengandung kerana saya ada sakit senggugut. Benar kah? Apa ubat untuk menghilangkan sengugut? Saya takut nak makan produk-produk kecantikan yang berjual pada masa ni yang ada bagitahu untuk mengubati sengugut, tetapi saya masih was-was untuk mencubanya.
Pada bulan Feb 2010 saya uzur pada 25hb. Bulan Mac 2010 saya sepatuttnya uzur pada 25hb juga, tetapi tidak ada. Jadi saya expect saya pregnant, dan saya cek pt – negatif. Pada 2hb Mac 2010 baru saya uzur dan seterusnya uzur saya macam biasa pada setiap 2hb. Bilakah waktu subur saya, sebab saya masih keliru untuk mengira kiraannya. Sekarang umur saya 33 tahun, adakah peluang untuk saya hamil masih tinggi?
Terima kasih Anna.
Adakah Normal selepas keguguran saya mengalami keputihan yang banyak ( Tidak berbau dan gatal) adakah ia berpunca dari teh herba yang saya minum..saya sangat risau
Hi enna, maaf lambat reply sebab saya agak bz sikit..Masalah senggugut memang kadang2 menganggu perjalanan ovum kita untuk bertelur..senggugut terjadi sebab aliran darah tersumbat yang menyebabkan sakit di bahagian abdomen perut terutamanye..Saya sarankan awak untuk tidak mengambil minuman bergas dan makanan yang terlalu pedas..Saya sebelum berkahwin juga mengalami senggugut yang sangat teruk..tapi alhamdulillah, lepas kahwin semua makin baik dan saya tak lagi minum minuman bergas, dan byk minum air suam..kalau boleh, enna dapatkan nasihat doktor untuk tangani masalah senggugut ini. Doktor akan beri ubat yg terbaik dan dapat check masalah darah tersumbat enna itu..jangan makan dulu ubat2 yang belum tentu kesahihan nye..
Mengenai period awak pada bulan mac, lewat sampai kerana bulan februari hanya ade 28 hari berbanding bulan2 lain yang ade 30 atau 31 hari..kira jarak waktu ade dapat period dan bukannye ikut bulan..memang waktu period akan berubah sebab biasanye kitaran haid antara 28 hari ke 30hari..Harap awak paham penjelasan saya ye..
Umur tidak ade masalah untuk mengandung..yang penting lakukan pada waktu subur dan jaga kesihatan fizikal dan mental..
Saya doakan awak ok..
Hi Bibi,
Keputihan selepas kegugurab adalah normal..tapi kalau ianya terlalu banyak sehingga berbau atau gatal2, itu makna nye bakteria sedang terkumpul..dapatkan rawatan doktor segera untuk elak sebarang masalah jangka panjang berlaku..Saya kurang pasti pasal teh herba..jangan risau k..ikut arahan doktor..
hye anna jmpe lg,waniey disahkan mgandung 7minggu…mslahnye skrg waniey xley bau bnda y agk2 rse xslesa,cntohnye nsi cm2 lah lg…mse mle 2 waniey mnum susu anmum y prisa cklat,tp skg da xmnum sbb xley msok..ubt y klinik bg pn jrang mkn..waniey akn mkn,mknan y ley msok at tkak…waniey rsau lah at baby,ad pape effect x?snang cte waniey mbok truk,smpai hubby pn pning….skrg ni waniey sket pnggang sblah kiri,knpe ek?waniey bnggung sgt..tlg k….reply at email waniey skli k…
Hi wani…tahniah kerana hamil..alahan tu perkara biasa bagi wanita hamil..yang mane menjadi kesukaan, mase hamil terus bertukar kpd tak suka..itu tanda nye perubahan hormon sedang berlaku..Saya harap awak kena kuat semangat supaya baby dalam perut pun akan ikut sikap ibu yang kuat semangat..jangan cepat mengalah k..kalau boleh lawan..tapi ini memang perkara normal sehingga kandungan berusia 3 bulan..harap para suami pun dapat bersabar dgn kerenah isteri yg hamil. Saya dulu pun alahan teruk..maybe belum biase lagi..saya dulu asyik berkurung jer dan muntah2..tapi Alhamdulillah, masuk usia kandungan 3 bulan semua makin ok..Bersabar byk2 k..pasal sakit pinggan tu, wani kena check dgn doc..maybe itu kesan dari alahan saya rase..
Wani, nak jadi ibu, kite start tukar mindset dari skang..kena byk berkorban..semua demi anak2 yang akan di lahirkan..nanti dah lahir lagi byk perlu di korbankan..korban mase, emosi, mental dan fizikal…Bersedia dari skang ok. InsyaAllah semua akan ok..
hye anna trime ksih d’atas nsihat & pndpatnya,waniey pn sbnrnye bru 2bln kwen….mdah2han waniey pat wt pe y anna pesan…tp y tntg ubt ngan susu anmum xley msok 2 cmne ye?ad effect pape x at baby?waniey xtwu pape sbb ni baby first…smue xtau..hihihihih…
wanie, untuk permulaan alahan nie saya rase tak menjadi masalah jika tak mengambil susu..mungkin susu tu akan lebih memualkan awak. Tapi jangan biarkan menjadi kebiasaan sepanjang mengandung k..lawan perasaan loya tu demi kebaikan jangka panjang baby..kalau tak leh susu vanila, susu coklat pun ok..susu baik untuk tulang dan akan membantu mengurang sakit pinggang bile kandungan sudah mencecah 7 bulan..sekurang2nye kite bersedia awal untuk banyak kan kalsium dari sekarang..Biasela 1st baby, mesti nak berjaga2 kan..lakukan terbaik k..mesti kuat semangat demi baby tercinta..hehe..
salam anna..
mengikut kitaran haid saya,saya dah lewat dtg haid slama
6hari dan hari ke7 sy haid so sy rasa kcewa sbb ingtkan mgandung rpnya tdk..keesokan hrinya (hr ke8)drh tu kuar brsama daging tp nipis je daging tu..masa tu lah skit sluruh
badan,kpala pn berat sgt..sya smpat ambik gmbar daging tu sblm sya tanam dan gbmr tu la sy tunjuk ke doc..mnurut doc sy tlh pun ggur dan daging tu adlh benih yg bru nk mnjadi..soalan sy..
1.org yg gugur akn mgalami pndarahan antara 10-15 hari tp knp sy hnya 3 hari sj sdangkan sewaktu sy haid sprt biasa ambik masa 6 hari jgk..normal ka itu??
2. blh x mmprcpat kehamilan dgn minum susu meterna? sbb mnurut doc sy x perlu melambatkan kehamilan cuma skadar brpantang 2minggu..
hi sue…sorry pasal keguguran awak tu..byk2 bersabar k..mungkin belum rezki awak lagi..menjawab soalan awak, saya sebenarnye bukanlah pakar..saya hanya based on pengalaman sendiri dan kawan2..mmg seharusnyer darah lepas keguguran akan berlarutan sehingga 2 minggu..tapi tak semestinyer 2 minggu..itu hanya maksimum…jika terlalu lame pun menjadi satu masalah juga..bagi saya kalau haid yang normal pun paling kurang (minimum) boleh keluar sehingga 3-5 hari..itu perkara biase..tapi saya nasihat kan awak berjumpe terus dgn doktor utk kepastian lebih tepat..bertindak sebelum terlambat ok..jawapan utk soalan yang kedua pula…susu tak menjamin mempercptkan kehamilan..yg paling penting anda bersama suami ketika waktu subur iaitu waktu telur kite dilepaskan..dalam sebulan hanya sekali jer telur dilepaskan..so rebutlah peluang tu ok…berpantang memang perlu utk 2 mgu..buat mase 2 mgu tu jgn bersama dahulu k dgn suami…
harap saya menjawap soalan2 awak ini…saya doakan yang terbaik utk awak…
salam…cm ne nk dpatkn produk 2…
hi..boleh email saya di siti_ana@yahoo.com . saya dapatkan untuk awak k..
hi,salam,
sungguh menarik entri ni, bt saya tertarik utk membacanya.. kt sni sy nk share same dan nk tanya pendapat, saya baru berkawen dalam 8 bulan kami d permurahkan rezki di awal perkahwinan terus lekat tapi sayang tidak bertahan lame mungkin belum di takdirkan lagi bb tu milik kami genap kandungan 8 minggu, sy alami pendarahan yang wane coklat sikit2 lame2 semakin banyak tapi saya tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membendungnya dengan berjumpa doktor, kerana kandungan pertama tidak tahu bagaimana lagi, kini selepas keguguran saya alami kitaran haid yang tak menentu sebelum berkahwin tidak pernah jadi mcm ni.. kini sy amat kuatir jika ada yang tidak kena pada rahim saya..malah sy sering alami sakit2 di bahagian pinggang dan sakit belakang, adakah patut saya rujuk pada doktor perkara ini.. kerana sy ingin merasa kembali saat2 kehamilan dan mempunyai anak. tq
hi liza,
thanks sebab sudi bace entry saya yang tak seberapa nie. feel sorry to hear your story..actually jika kitaran haid tidak teratur adalah kemungkinan perubahan hormon. Setiap wanita mempunyai perubahan hormon yang berbeza beza..ade yang sebelum kahwin kitaran haid tak menentu tetapi bile berkahwin kitaran semakin stabil..begitu jugak sebaliknya. bergantung kepada imunisasi badan sesorang itu sendiri.. yang penting haid awak sentiasa ade setiap bulan dan paling kurang haid akan dtg 3- 5 hari, itu adalah normal..
Berkenaan dengan sakit2 pinggang dan belakang saya sarankan supaya awak rujuk kepada doktor utk pengesahan lanjut. Baik bertindak awal sebelum berlaku ape2 yang tak di ingini. Ape salah nye kite segera periksa demi untuk kesihatan diri sendiri. Jangan tahan sakit sendiri atau berdiam sahaja bile sakit itu dtg. Segera berjumpa doktor okay..Segala masalah boleh di selesaikan.
Untuk hamil awak boleh cube ape yang saya sarankan di blog ini..InsyaAllah tak salah mencube. Yang penting percaya pada janji Allah okay.. Semua yang berlaku mesti ade hikmah yang terselindung.. Berusaha sehingga akhir hayat dan jangan putus ada.. Saya doakan awak…
Sy sdg haml anak ke-2. dy pernah keguguran sblm mendpt anak pertama. sungguh sedih masa jd 2. Slps sy dpt tahu sy hamil semula sy gembira tak terhingga. kini sy cek sy hamil lg. sy takut kejadian lama berulang. bleh sy dpt info skit psl krim menguatkn rahim 2. krim yang djual 2 ape namanya?
Salam Pn Surani,
Terima kasih sebab email saya hari tu. saya jarang sangat sekarang nie nak bukak blog..kalau bukak pun mesti go through sekejap jer..sorry sebab tak dapat balas soalan pn cepat dalam blog nie..
Saya doakan pn dan baby yang kedua nie selamat semuanye. Untuk produk tu namanyer LUmiGlow.
Tapi menjawap sekali lagi pertanyaan pihak puan di email saya, untuk ibu yang sedang mengandung tidak digalakkan untuk memakai produk ini. Produk ini hanya boleh dipakai jika ingin menguatkan rahim atau imunisasi badan sahaja. Jadi saya tak sarankan puan untuk mencube produk ini ketika hamil…
Tahniah atas kandungan kedua dan semoga semuanye selamat…amin
salam..saya baru ja mengalami keguguran kandungan yg pertama 1 Ramadan yg lalu.sedih sangat.memang harap sangat cepat dapat baby.happy sangat bila disahkan pregnant..bunting pelamin.masalahnya sebelum saya dapat tau preggy saya mengalami bleeding wana coklat.bleeding tu benti sekejap ja..lps tu ada balik.bila check kat hospital kena masuk wad 3 hari.sepanjang kat wad bleeding stop.balik ja rumah stat bleeding banyak selama seminggu.last2 kuar janin.lps gugur pergi berurut.kata orang beurut masalah saya sakit pinggang tu penyebab kandungan tak kuat.so sekarang saya betul2 nak kepastian punca gugur tu.adakah berisiko gugur lagi seandainya saya plan untuk preggy lagi dalam tempoh terdekat ni?
masa keguguran kandungan saya nak masuk 2 bulan
Salam,
hi ctnieza…saya juga simpati dengan keguguran awak baru2 nie..takpe, percaya pada rezki Allah ok..Bleeding yang berwarna coklat tu tanda awal awak keguguran jika terlalu aktif dan lasak. Mungkin juga kandungan awak masih belum kuat ketika itu, tetapi sudah melakukan kerja2 berat. bukti nye bile awak berehat saje di dalam wad bleeding terhenti..saya sarankan untuk hamil sekali lagi, awak jumpe doktor pakar apabila hamil. Dapatkan nasihat dari doktor. Saya juga pernah mengalami rahim tak kuat. doktor nasihat saya banyakkan berehat dan minta di suntik untuk penguat rahim sebaik sahaja hamil. Dan Alhamdulillah saya dah pun selamat melahirkan baby kami..Harap ct boleh cube..Usaha selagi mampu ok…
Salam. kalau nak check urin(IVD), mesti tunggu lewat 2 minggu ke? kalau tak sampai 2 minggu keputusan nya tak nampak @ macamama?
Salam,
Hi Tie, Selalunye kalau nak check urin sudah lewat period seminggu pun dah boleh check..Keputusan akan keluar dengan jelas selepas seminggu atau lebih dari seminggu lewat tempoh period..awak boleh la dapatkan HPT dengan segera untuk pengesahan kehamilan anda…gudluck for u =)
hai anna, sy azela…sy baru berkahwin…pd 5 dan 6 June 2010..sehingga hari ini..sy belum ada tanda2 hamil..sy dan suami duduk berasingan di mana setiap minggu baru kami bertemu.buat pengetahuan anna, pada hari ke 11 kami berkahwin sy telah menjalani pembedahan apendiks.. apakah itu yg menyebabkan sy sukar untuk hamil? dan sy juga sering sakit kepala…..raser cemburu melihat kawan-kawan yang kahwen lewat dari sy..tetapi sudah hamil..boleh tak anna berikan sedikit sebanyak petua?sy ada ikut petua2 seperti tak banyk bergerak (kaki naik ke atas selepas bersama, elakkan makanan tajam….etc..) tapi tak juga hamil..bila terasa lewat period, sy beli preganancy test, hasil nyer negatif..kadng2 sy tensen sgt…. sy dan suami pernah bergaduh kerana katanya sy terlalu memikirkan akan cahaya mata…. boleh tak anna bagi advice sikit? tqs..
Hi azela,
Tahniah atas perkahwinan awak..Sebelum nie saya pun pernah bercerita tentang waktu2 kesuburan…kalau boleh lakukan ketika waktu subur anda..kitaran waktu subur saya ade nyatakan dalam blog ni..kemungkinan besar pembedahan awak ade memberi sedikit sebyk kesan untuk anda hamil. saya harap awak byk2 bersabar k…jangan terlalu memikirkan sgt ttg kehamilan…Jika terlalu stress pun kdg2 tidak membuahkan “hasil” yang baik…Sebaiknye, byk2 berdoa dan percaya setiap kejadian ade sebabnye…berusaha lagi k…
..jangan tension2, jauh benda2 “tajam”, lakukan pada waktu subur anda….saya doakan anda ok…
Salam.Saya baca blog ni.ingin sgt bercerita mslh sy.sy umur 37 thn.dh kawin 3 thn.lepas kawin 1thn 6 bln sy pregy tp missabortion.smpi skrg tk lekat lg.lepas d&c pulak tu bhgin tepi buku lali sy sgt sakit kedua-duanya.lepas bersama pula air mni suami akan melimpah kluar.apakah itu pybb atau umur sy yang dah meningkat yg buat sy sukar hamil?
salam…
saya br disahkan hamil 5 minggu semalam..dan saya dah buat scan…..masalahnya ialah saya mengalami kesakitan di dibahagian bawah perut seperti senggugut…dan kesakitan ini bole dikatakan agak berpanjangan …kadang2 rasa ssakit smpai ke pinggang…sbnrnya sakit ni dh 3 minggu..saya ingatkan period tak.. kluar .rupa2nya hamil…doktor memberikan saya ubat untuk menguatkan rahim dan juga asid folic…
tapi doktor tu tak cakap pulak kenapa saya sakit…..skarang ni saya agak risau la jugak…sbb sebelum ni saya pernah keguguran pada tahun 2007..masa tu kandungan saya berusia 11 minggu…..lupa nak cakap, saya mempunyai seorang anak yg kini berumur 10 tahun…any advice? tq
Salam, sorry kalau saya lambat balas….sedih juga dengar kalau missabortion nie…mengenai bahagian buku lali puan saya rase bukan effect dari keguguran itu atau masalah susah nak melekat lagi…saya nasihat kan puan buat rawatan lanjut dengan doktor berkenaan buku lali kaki puan..mungkin ade masalah lain yang berkaitan..saya rase penyebab yang puan masih belum melekat lagi ialah apabile bersama, selalu air mani keluar balik…seeloknye, puan selepas jer bersama, harus baring untuk beberapa minit…bagi pengaliran air mani tu berjalan sehingga ke dalam telur kite…elakkan bangun atau bergerak selepas bersama…dan kalau boleh lakukan pada waktu subur okay…
Ramai kawan2 saya dapati, tidak melakukan bersama suami pada waktu yang tepat…Telur wanita hanya berovulusi hanya 24-36jam sahaja untuk hidup…jadi gunakan waktu sebaiknye…Usia bukan penghalang untuk hamil…
InsyaAllah, puan berusaha dan berdoa…Saya juga akan doakan puan….
Salam puan ayu…
Awk ke yang ade msg saya dekat inbox fb aritu? Saya rase sakit yang awk alami tu maungkin sakit2 awal semasa hamil…lain orng lain pengalaman waktu mengandung…ade yang di awal kehamilan muntah2, loya, demam..dan ade juga mungkin seperti awk…saya prefer yang dapatkan nasihat doktor kenape sakit sebegitu…jangan lengahkan demi keselamatan baby dalam perut tu…
Mungkin juga sebab agak lame untuk awk mengandung kembali, sakit itu terjadi…jumpe doktor dan minta nasihat adalah yang terbaik…Jangan tangguh…kerana baby awak sedang membesar…
Tahniah…Jaga diri bebaik…
salam…
saya baru keguguran hujung bulan 9 yang lalu…masa tu kandungan 16 minggu..sedih sgt sebab 1st baby kan.tapi saya redha..mungkin Allah ada perancangan lain untuk saya dan suami..
untuk makluman, masa gugur hari tu, saya xbuat d&c..doktor masukkan ubat (pitosin) untuk mempercepatkan bukaan rahim then baby keluar sendiri..saya nak tanya, kalau proses gugur mcm ni, potensi untuk hamil semula cepat ke lambat..sebab ada pendapat bagitau, kalau xbuat d&c, nak hamil balik susah..kalau boleh saya nak cepat2 dapat baby…
satu lagi, period pertama saya (after 35days) terlalu sedikt..adakah benda ni normal?
salam,
takziah ye atas keguguran. Byk2 bersabar dan jangan putus asa…saya juga ade pengalaman yang sama iaitu gugur ketika kandungan 8 minggu…saya pun pernah gugur dan tidak buat dnc..sebab kata doktor, darah saya turun banyak dan perut sudah kosong…proses untuk hamil selalu nyer lepas gugur kena bagi mase pada badan selame 3 minggu untuk berehat..lepas tu haid akan aagak tidak teratur…kemudian akan stabil kembali seperti biase…Dan mase itu la awak boleh merancang untuk hamil semula…..Period terlalu sedikit itu normal…nanti akan jadi seperti biase juga..bagi mase k…Saya doakan awak…
kt mana ye biasanya produk ni di jual..sy btl-btl bminat la untuk membelinya
hi aiza,
maaf kerana lambat reply…Produk lumiglow tu saya boleh dapatkan..Saya tak makup langsung harga nye sebab kawan saya ade join sykt MLM..So saya just beli shaja pada dia..Sekarang harga diskaun kawan saya dapat bagi ialah RM 289. Jika Aiza nak dan betul2 berminat email saya di siti_ana@yahoo.com…nanti saya beritahu macam nak buat bayaran…
Terima kasih kerana menjawab email saya w/pun lambat sy faham.Sy dah cuba untuk mengelakkan a.mani drpd tumpah tp tk berjaya.kluar jg.jd bingung saya.ada apa2 petua dr reader diruang ini? satu lg nak tau jg ,kenapa bila tiba tarikh subur takde lendi jernih yang kluar.Anna leh jawabkan? Kalu nak melanggan cream lumi tu cam ner?
Produk ni sesuai k utk di gunakan bagi wanita hamil?
Hi ana,
Saya baru kawen bln 9 aritu.saye confuse apekah tanda2 awl kehamilan? Kalau kite bsama suami setelah disahkan hamil, apekah boleh menyebabkan janin tak lekat?
Thanks
salam… hai ana saya ni dh 1 thn 10bln berkahwin tapi masih belum di kurniakan cahayamata lagi. masalah saya ialah sengugut agak kuat, adakah ia puca saya sukar untuk hamil? satu lagi payudara saya ade keluar cecair mcm susu, dh g chek tp doctor ckp masalah hormon kot. tapi darah pn dh chek untuk kesuburan , smuo ok x de masalah ape pn. selepas bersama air mani suami akan keluar balik. adakah ia bg kesan ape2 untuk hamil. bantu la saya untuk saya cepat dapatkan cahayamata, lagi pun usia saya dh 28 thn.
Produk nie hanya sesuai untuk wanita yang nak hamil..if dah hamil dah tak perlu pakai pada perut..tapi boleh guna pelbagai selain dari wanita yang hamil..contoh macam luka-luka, hilangkan parut boleh kite guna produk nie..
Hi Intan, tanda-tanda kehamilan banyak dan berbeza ikut kemampuan ibu2.. Ade yang muntah2, loya, pening2, sakit perut dan lain2..If awak dah disahkan hamil, tak menjadi masalah kalau nak bersama suami. Janji tak memudaratkan baby…Jage diri bebaik k..Jaga pemakanan juga
Salam Zura,
Masalah utama wanita yang sukar hamil ialah masalah senggugut yang sangat kerap dan kuat. Senggugut kadang2 boleh menyebabkan tiub filipio kite tersumbat yang boleh mengakibat sukar air mani hendak masuk untuk melakukan proses persenyawaan. Saya cadangkan awk untuk merujuk kepada doktor untuk mengambil ubat bagi masalah ini. Produk Lumiglow yang saya war2kan di blog ini juga boleh menjadi salah satu alternatif. Kurangkan minum minuman bergas, pedas2…banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan supaya masalah ini dapat di atasi.
Air mani keluar balik adelah salah satu sebab kenapa awak tidak hamil lagi sehingga kini. kalau boleh bile bersama suami, berehat dulu dan jangan bangun untuk setengah jam setelah selesai bersama. Biar air mani itu masuk dengan sebaik nye. barulah proses persenyawaan dapat berlaku.
Harap jangan putus asa..Cuba lagi ok.. =)
Hi, terasa nak cerita la pulak,,, saya pegnen anak ke-2 7 minggu lebih,, tapi bila scan tak nampak mungkin kecik lagi kot,, jumaat ni masuk 8 minggu akan pegi scan sekali lagi… takut juga bila baca crita2 pasal keguguran ni kan… kalau boleh tak nak lah terjadi keguguran/susah hamil dan seangkatannya… apa2 pun kita hanya mampu merancang dan tawakal,, tapi Allah lebih Maha Mengetahui ^_*
Salam Hanna,
terima kasih sebab sudi berkongsi di sini. Sangat di alu-alukan untuk manfaat kite semua. Hidup kite memang kena banyak berusaha dan kemudian bertawakal lah kepada yang satu.
Di sini saya umumkan, wordpress saya akan berpindah ke blogspot. Sila layari blog baru saya di http://www.suhanaoct.blogspot.com . Saya akan selalu menjawap segala pertanyaan anada semua disane. Jumpe disana =)