Pernah tak ada di antara kita mengalami keguguran? Aku adalah salah seorang daripadanya. Kalau nak di hitung aku mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Selalunye keguguran boleh berlaku dalam tempoh 2 hingga 3 bulan semasa kehamilan. Tapi ade juga keguguran berlaku pada bulan 4 keatas tapi sangat jarang sekali berlaku. Mulanye aku tak paham kenapa begitu lemah sekali rahim aku sehingga kandungan aku tak dapat bertahan lama sebelum mencecah 3 bulan. Kat sini aku nak kongsi simptom2 dan punca2 keguguran berlaku berdasarkan pengalaman dan research yang aku buat.
Simptom – simptom keguguran:
- Ujian air kencing – salah satu garis samar-samar
Apabila kita membuat ujian air kencing di rumah untuk mengesahkan kehamilan, tetapi hanya 1 garis merah sahaja yang keluar. Sedangkan kita sudah lama tidak datang period,tetapi ujian air kencing menunjukkan keputusan yang –ve. Ini mungkin kepekatan air kencing kita tidak sama dengan orang yang hamil dan mungkin kandungan tidak menjadi. Orang yang hamil akan menunjukkan kesan +ve walaupun sudah 1 minggu lewat datang period
- Perut tidak selesa
Kadang- kadang perut kita tak selesa seperti ingin datang period, sedangkan kita sangka kita sudah hamil. Orang yang hamil tidak akan rasa ketidakselesaan pada awal kehamilan sehingga la kandungan mencecah 3 atau 4 bulan ke atas kerana kandungan semakin membesar.
- Tiada alahan
Simptom ini adalah sangat subjektif kerana ianya terpulang kepada badan individu masing2. Ada sesetengah ibu yang hamil tapi tidak mengalami alahan langsung. Tapi bagi yang mengalami alahan yang sangat teruk, ini suatu petanda baik bagi kandungan yang sihat berkembang di dalam rahim kita.
- Tanda- tanda seperti datang haid
Ini terpulang kepada individu bagaimana tanda yang akan datang jika datang haid. Ada yang tumbuh jerawat di muka, payudara gatal, muka berminyak dan sebagainye. Selalunye bagi ibu yang hamil tanda-tanda seperti datang haid ini tidak akan timbul kerana perubahan horman yang sangat ketara menghalang tanda2 nie.
- Keluar darah yang sangat sakit
Apabila berlaku pendarahan yang sangat banyak dan sangat sakit, 70% kemungkinan anda akan mengalami keguguran. Orang yang hamil tidak sepatutnye keluar darah semasa hamil dan jika ada pun hanya sedikit dan tidak memudaratkan.
Punca – punca keguguran
- Pemakanan
Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Elakkan makanan2 yang tajam seperti nenas, tebu , hati , limpa, minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan. Banyakkan memakan makanan seperti susu, kekacang, sayuran dan berprotein tinggi.
- Terlalu aktif
Di awal kehamilan, ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak. Kerana kemungkinan janin di dalam rahim masih belum kukuh dan dalam proses pembentukkan. Juga tidak di galakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.
- Berdiri dan berjalan terlalu lama dan jauh
Ia akan menyebabkan keguguran jika kita terlalu banyak berjalan. Seharusnya imbangi aktiviti ini.
- Pakaian yang terlalu sempit
Mungkin kebanyakkan kita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil. Bayi di dalam rahim tidak akan selesa dan akan menyekat peredaran darah.
- Kasut tumit tinggi
Memang tidak di galakkan langsung memakai kasut tumit tinggi kerana saraf2 boleh merosakkan kandungan.
- Tekanan atau stress
Jika anda tahu anda hamil, elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan keguguran. Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.
- Tidak cukup rehat
Jika kita kepenatan juga boleh menyebabkan kaguguran. Rehat la secukupnye dan cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi perkembangan bayi.
- Tidak mengambil asid folic
Jika kita mengabaikan ubat yang di beri oleh doktor, susah untuk bayi berkembang dengan sihat. Setiap ubat yang di beri oleh doktor sangat bagus kandungan kita. Jangan sesekali abaikan dan ambil sambil lewa. Asid folic sangat penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan.
- Terlalu terkejut
Berada dalam keadaan terperanjat atau terkejut boleh juga beri kesan pada kandungan. Jika kita terlalu terkejut, bayi juga akan terkena kejutan itu. Ini boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.
- Kandungan tidak menjadi
Kemungkinan bayi tidak menjadi maka Allah menjadikan ia gugur di dalam kandungan kita. Ada sesetengah ibu mengalami kandungan berupa buah anggur yang bermakna tidak menjadi bentuk seorang bayi. Ini semua kuasa tuhan. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Ini sedikit sebanyak yang aku nak kongsi kan dengan korang semua. Mungkin ini adalah penyebab sahaja dan mungkin belum rezeki untuk mendapatkan anak jika kita keguguran. Ada hikmah kenapa bayi itu gugur. Harap ini dapat jadi panduan sedikit sebanyak bagi mereka yang mengalami masalah seperti aku dulu. Okalah, selepas nie aku akan ceritakan pula bagaimana tips nak mendapatkan zuriat. Alhamdulillah kini aku berjaya hamil lagi dan kandungan aku hampir mencecah 4 bulan.






















k. mimie,
take a very good care of urself ya.
thanks nina…always pray for me k..
salam..alang.. good info.. dah lama dok perati je web alang ni, segan nak komen.hehe..
itu la, pengalaman gugur mmg ‘menyakitkan’.. bukan diri, tapi jiwa.. tapi kalu kita redha dan tau hikmahnya, hati akan terima ianyanya ngan tenang..dan bsabar tunggu rezeki yg seterusnya..
atif ni pn, terasa tak sabar jer tgk ibu2 yg tgh ngandung ni, tmasuk r tgk alang ni..hehe.. doakan atif k..
Atif: Thanks atif..ape lak nak segan2 komen..kalau ade nak boh, oh jer k..tak sabar nak jadi mummy yer..takpe, cuba lagi k..sekurang2nye atif dah merase ade sorang anak dah..alang lagi takde pengalaman langsung..alang doakan atif, semoga murah lagi rezeki k…
hehe..’segan-segan kucing’ la alang…
thanks 4 da pray k..insyallah… ehm, same2 lah kite menimba pengalaman sebagai ibu2…
Mane de segan2 kucing..segan2 ayam jerk..hehe..
salam.. nk tanye.. kalo makan masam2 n pedas2, bahaya tak? sa suka asam n jeruk.. huhu..
( *cry*
lg 1 nk tanye, kalo skt kegugurn tu brbeza ke dr skt period? arini sa rs skt yg amat kt area rahim ke area faraj. tak prnh skt cmni. sa da lwt period 9 hari dr cycle 30. cek upt, msh -ve. igt tggu lg 2 mggu ke n test blk..
tp tula, skt yg mcm mnyucuk n mngakis tu, skt sgt n dtg skjap2. ni msh skt.. so, rsnye mcm mane? sa risau ni..
kalo benih tu jadi, tak nak lah de miscarriage..
salam..memakan makanan berasam yang terlalu kerap tidak baik untuk kesihatan. Melainkan hanya sekadar untuk mengelakkan rase mual semasa hamil mungkin di benarkan. Makanan pedas juga harus di kurangkan jika dalam keadaan hamil kerana ia akan menyebabkan anda pedih ulu hati, sesak nafas & semput bile kandungan semakin membesar. Untuk pengetahuan puan sakit period tidak sama sekali dengan sakit keguguran. Dulu saya juga salah seorang yang pasti tidak misperiod pain setiap bulan. tapi bile keguguran, seperti terasa sesuatu yang sangat sakit selagi janin tidak keluar iaitu keguguran berlaku. Saya sarankan puan berjumpa dgn doktor untuk mengesahkan kesakitan yang puan alami. jgn berlengah kerana mungkin ade cara menangani masalah puan ini. bertindaklah awal okay untuk mengelakkan miscarriage jika puan didapati hamil. kalau sakit sikit2 di bahagian ari2 adalah perkara biasa di awal kehamilan. tetapi jika kesakitan yang teramat sgt, puan perlu berjumpa doktor.
salam..xlama lg sy akan berkahwin..sdah tentu saya mau menimang cahaya mata..nk wat persediaan r.. nk elakkan keguguran..
1.makanan penyebab keguguran adalah buahan yg tjam? apa mksud tajam tu?
2.pada kuantiti bagaimana makanan tajam memberi kesan?kena makan byk ke…
salam angah..wah bagus yer dah nak buat persediaan awal..sekurang2nye awak bertindak awal..untuk pengetahuan awak, dalam istilah saintif belum ade lagi yang boleh dikatakan makanan atau buah2an itu tajam atau tak. makanan tajam datangnye dari petua orang dulu2 yang menganggap makanan akan memberi kesan jika di ambil berlebihan. Antara petua yang saya tahu mengenai buah2an yang tidak digalakkan makan ketika di awal kehamilan ialah tembikai, kelapa atau air kelapa, tebu atau air tebu dan nenas. Tajam bermaksud tisak boleh diambil secara berlebihan dan sekiranye di ambil berlebihan mungkin boleh memudaratkan kandungan. Sebenarnye ini semua bergantung kepada tahap kesihatan dan badan seseorang individu itu sendiri. Lain orang lain ragamnye. Contoh makanan yang tajam lain seperti tapai kerana mengandungi cuka yang sangat tinggi. Harap awak paham serba sedikit info yang saya berikan.
Salam..tanx ats pngetahuan akak..tp sye nk tau,kalu nk tau haml atw x,slaen jmpe doc..alt ujian hmil 2 blh pcye 100% ke?
Salam, u welcome..Just sekadar info & pengetahuan saje topik saya nie. Alat ujian hamil atau HPT memang boleh percaya coz 99% keputusan adalah tepat. Kalau check pada doc juga akan memakai HPT untuk tahu samada awak betul2 hamil atau tak..
hi anna,
sy br terjumpa blog ni, sy nk ucapkan thanks a lot sbb byk bg tip2 tentang keguguran n cara2 nak atasinye. sy harap dpt take something dr pengalaman yg dialami oleh anna.
u are very nice person n sy doakan anna chat2 n happy selalu.
Hi sha, terima kasih juga sebab sha sudi baca blog saya yang tak seberape nie. Harap dapat serba sedikit membantu memberi info untuk pengetahuan kita semua. nice to meet you..
hai all…nk tny, jika sy dh test 3 kali pkai prgnency test..tp -ve than period sy hmpir 2mggu dh miss…sy prgnant ke x? sdangkan period sy slalu teratur…tp sy x nk ke doktor lg…tkut hampa…
Hai mieya, maybe test u -ve sebab belum menunjukkan u hamil. But cube test sekali lagi if u miss sebulan period. Kalau terlalu kerap u test pun tak memadai..if period awak teratur then takde masalah nak tahu awak hamil ke tak.. Jgn takut jumpe doc sekiranye dah sebulan period awak tak dtg..InsyaAllah, mane tahu awak sudah hamil skang nie..
hai,..
saya terjumpa blog awak neh.. bestla,.. congrates!
saya baru di sahkan doc hamil pada usia baby 4 minggu, now dah 5 minggu… masalah saya,.. masa kandungan 4 minggu terasa ada denyutan di perut tapi skarang makin kurang n kadang2 takder… ada terbaca yang keguguran buleh berlaku walaupun tanpa pendarahan.. saya pon tak alami sintom2 mengandung seperti loya, pening n lain2.. beberapa hari ni rasa sakit sesekala di bahagian ari2.. risau la saya… kekadang rasa mcm takda baby dalam perut nie… ada kah itu perkara biasa atau perlu di periksa yerks.. terima kasih.
Salam ifa, thanks n congrate yer. Ifa b ertuah sebab dapat detect kandungan seawal 4 minggu. kandungan janin masih terlalu kecil. Kalau di scan pun masih terlalu kecil dan mungkin kurang nampak janin itu. Bayangkan saje kandungan seusia 8 minggu pun, saiznyer sebesar biji buah anggur dan hanya nampak jantung baby sahaja yang berdenyut. Simptom2 seperti loya n muntah2 tak semestinye berlaku jika kita hamil. Lain orang, lain antibodi nye. sakit bahagian ari2 tu perkara biasa sepanjang kehamilan. jangan risau sangat k.Ini perkara biasa. Perut kita pun takkan nampak peningkatan sbb janin masih terlalu kecil. Kalau nak nampak perubahan perut kita membesar, mase minggu ke 12 keatas. Lama2 perut kita akan membesar. Dan bagi akan mula menendang2 seawal 20 minggu ke atas..dalam blog saya byk gak info2 semasa kehamilan saya semasa 1st trimester n 2nd trimester..bacela yer..mane tau boleh beri info kepada ifa..
salam… hy all, nk tnya.. sy pum penah mengalami keguguran.. amat menyakitkan jiwa… huhuhu… so, sy nk tnya kalo gugur nk kna pantang brp bulan?? untuk pengetahuan u all, sy gugur seawal 7 minggu… seelok2nya brp bulan untuk sy prgnt lg???
Salam, memang menyedihkan kalau janin dlm rahim kita tetibe jer keguguran..Setahu saya kalau kita keguguran kita di galakkan berpantang selama 2 ke 3 minggu.. Macam saya dulu, saya berpantang selama 2 minggu sahaja. Berpantang means berurut 3 hari berturut, bertungku 2 minggu, berbengkung 2 minggu dan makanan dlm pantang 2 minggu. Saya dulu keguguran semasa janin dlm 8 minggu. Untuk pregnant kembali saya takleh jangkakan. bergantung kepada individu. Kalau boleh semasa berpantang 2-3 minggu tu, pantang sekali untuk “bersama” suami okay..nie untuk memanaskan dan meregang kan balik otot yang dah kendur akibat gugur tu. Nie petua org dulu2 la..saya ikut jer..InsyaAllah ade rezki awak akan dapat zuriat secepat mungkin lagi.. Berusaha dan berdoa lah banyak2 okay..Saya doakan awak success..
nk tnye…dlm tempoh kta xsubur,nk dkt2 period tu,bole k kta mngndng…
Hi az, waktu kita subur adalah saat yang perlu di rancang untuk bersama suami untuk mendapatkan anak..kalau time tak subur, peluang mendapatkan anak sangat tipis..sebab itu suami isteri kena rancang waktu yg subur untuk bersama untuk mendapatkan baby..bile period kite lewat dari biase tu yang berkemungkinan kita hamil..
tq anna 4 the reply..sya sgt btrma ksh…he2
msk hr ni sya da lewat 2mgu da xdtg priod…
bru je td sya tgk ada brck merah kt pnties,tp abdmen sya xrsa skit pun..
adakh tu tnda2 hmil or nk dtg priod..
Hi.. salam sumer….
saya cume nak kongsi tip skit utk kite sume tau biler waktu subur kite.. supaya kita dpt berusaha utk mendapat zuriat..
skrg ni, saya cube bykkn bacaan utk tingkatkn kdr kesuburan dan lain2 cara yg boleh beri lebih peluang utk memperolehi zuriat. buku2 yg dibaca merupakan kisah2 mereka yg berusaha saban hari utk seorg zuriat, hingga trpaksa mnunggu shingga 10thn.. melalui pngalamaannye, die bukukan utk panduan.. tak lupe jugak buku2 atau artikel yg berkaitan dengan usaha awal utk hamil…
so bleh la nnt kite same2 mencube yer… n yg plg penting, doa kehadrat Allah Yang Maha Agung.. sbb walau kite usaha mcm mane pn, dan Dia tak nak kasi, bukan rezki kiter jugak…. sbab zuriat tu anugerah yang Allah berikan kpd sesiapa shj yg Dia mahu…
jadi, utk tip kali ni, saya bwkn tip mcm mane utk tau waktu kite subur… (ade byk yg bace sbnrnye, kite kongsi skit2 yer, nnt2 sy update lg)…
utk tau waktu subur, ade beberapa cara. mlalui suhu badan, physical changes, dan melalui kiraan. kali ni sy bwkkn yg melalui physical changes. kalo anda semua perasan, ade dlm satu masa tu, kite dpt rase basah, ade cecair yg keluar dari vagina… cecair tu agak strecthable, jernih, dan keluar agk kerap. betul2 mcm putih telur… n de kuar lebih kurg dlm tempoh 5-7 hari.. n hari last yg kluar egg-white fluid tu adlh waktu yg betul2 subur. berusahalah kiter yek.. hehehe… vagina punye opening pn agak besar pada waktu tu dan serviks punye lubang pn membesar.. kene pandai bezakan bukaan serviks dan vagina yek.. selalu bende ni akn berlaku pd tgh2 kitaran tp TAK SEMESTINYE.. ini adalah cara yg plg murah n plg nature. n bagi sesape yg kitaran tak tetap, bleh monitor keadaan mcm ni. Allah dh naturally ciptakan bdn prempuan mcm tu pd waktu subur. supaya, bila kita berjimak, vagina akn jadi lebih basah, dan sperma dpt brgerak ke arah telur dgn lebih cepat n smooth.. dan lg memudhkn persenyawaan, insyaAllah.. lpas waktu subur, vagina kelihatan lebih tertutup dan kering, keputihan jd lebih pekat.
n dari ape yg saya bace…waktu yg plg elok utk ‘bersama’ dgn suami adalah sehari sblm ovulation (telur dilepaskn dr ovari), supaya sperma fresh sudh siap sedia mnunggu telur utk disenyawakn. cmne nk tentukan bile waktu ovulation? haa.. itu cara yg gune suhu badan.
so, same2 kiter berusaha yer.. mudah2an Allah mngurniakan anugerah buat kiter yg berusaha kerana-Nya… insyaAllah.. amiinnn..
nk kongsi pngalaman lain, saya blajar satu kaedah, FAM-fertility awareness method… saya ade beli satu buku ni lepas da ilang arah.. buku ni saya survey dlu n tgk feedback dr sume org.. buku ni bukannye mcm buku ‘miracles does happen’, ‘path to pregnancy’ etc.. tp de lebih kpd memahami kite punye cycle, kite punye kesuburan..
saya syukur dpt beli buku nih, sgt bermanfaat.. sangat2.. sa suggestkan, recommend btol2, beli la buku ni…byk sgt ilmu Allah dlm tu…hanya psl kesuburan.. mmg la bukunye agk mahal…
tp skrg ni, byk bnda dpt tau.. cth:
1) tau bile sa akan period… pl tak tepat pn, sa tau sa akn period dlm ms sehari dua cmtu…
2) tau bile waktu fertile.. fasa fertile… (at least, chance lg besar)
3) tau bile ovulate (amazing kan)
4) tau tahap hormon dlm bdn..
5) tau cycle pnjang mane… (kalo ikut cycle 30 hari, kite akn kate lewat period bile dh lbih 30 hari, pdhl bukan period yg lewat, cume cycle blom lengkap).. ikut kiraan 30 hari, kite kate period lmbt, tp sbnrnye, ikut method ni, kite tau sbnrnye bukan period lmbt, tpblom cukup hari lg utk 1 cycle tu)
6) bleh tau cara utk detect pregnancy (kalo dpt conceive)..tanpa buang duit beli byk UPT test kit….
dan byk lagi yg blajar.. jd, stakaat ilmu yg ade, nk jugak bntu sume org kt sini trmasuk diri sendiri
rezeki mmg kt tgn TUhan, kite cume bleh berusaha dgn ilmu2 yg Tuhan dh bagi kt kite…at least, kite cube… saya pn masih mncube.. saya baru 2 cycle gune method ni…. saya pn msh blajar, tp saya suke nk kongsi ilmu ngan sume =)
mudah2an Allah kabulkan permintaan kite sume untuk dptkn zuriat… amiiinnn
satu lg fakta ringkas,
tensen bleh buat kite lewat ovulate.. mnyebabkan cycle kite panjang… (kite duk anggap lewat period..huhu)
ade kes dimana org tu period, die tak tahu, until de chart BBT (basal body temperature). suhu bdn die remain tinggi even da period, and bile test UPT, +ve.
suhu badan akn rendah dari waktu period sampailah ovulation. bile ovulate, suhu bdn akn naik tinggi mendadak (sbb kehadiran hormon progesteron – heat-releasing hormone)… suhu akan stay tinggi kalo pregnant utk bagi suhu yg optimum utk fetus.. kalo tak, suhu akan turun bile progesteron menurun (period)…. sbb tu org pregnant bdn de akn rs flashing atau panas2 suam…
and, simptom org nak period most of the time same ngan 2 common simptom org pregnant dan org yg nak ovulate..
1)sakit kt ari2 / cramps
2)breast tenderness
ok, saya gabung2kn fakta2 yg tau n baca, moga bergune buat sume…
gudluck
welcome az..seharusnye jika kita sah hamil, pendarahan atau period tidak boleh berlaku..mungkin itu tanda awal az akan period atau keguguran..dapatkan nasihat doc secepat mungkin.. baby masih dapat diselamatkan jika betul az hamil…
salam anna…comelnye baby tu mcm mama dia gak…
emm nk share citer jer, sy bru lps keguguran mggu ke 7 kehamilan, mmg tkde amik family planning so tk jngka akan pregnant lg, tmbahan plak tak tau lg care yg btul tuk amalkan natural family planning yang base on wktu kesuburan kita,
oklh smbung lg citer, sy tk rasa sakit ape2 cume pnt sgt n ttba pg ade spotting blood n ptg kluar ketulan drh n drh means mmg dh complete keguguran la kan, maybe to early kot coz my 1st baby pun bru 5 bulan, rahim pun tk ckup kuat lg, baru seminggu tahu pregnant after a week keguguran plak…of coz sedih tp redha jelar, tu semua ujian dan mungkin ada hikmahnye…
bgus anna bg cara nk berpantang lepas keguguran tu, tqvm
n tq sham 4 sharing d info
Salam erwani…terima kasih…semua baby memang comel punn..hehe..sampai geram nak cubit pipi baby kan…oo awak baru tau preggy la nie? tapi kalau dah ade ketulan darah keluar, saya saran awak kena check dgn doctor..minta advise doc okay..mayb doc akan scan utk periksa rahim awak..So, nie sebenarnyer 2nd baby la ni ek..Takpe, redha k..Cube lagi..mungkin itu bukan rezeki awak lagi..semua ade hikmah..pasal berpantang tu semua memang antara pengalaman sendiri..just nak berkongsi dengan semua..sharing is caring…kalau ade ape2 info awak nak kongsi pun leh gak..sama2 tukar idea k..
salam
saya da lewat 6 hari period but tak kawen lagi
macam mane ek???ikotkan period before ni awal 3 hari
but now da lebih 6 hari tak period
tanda2 mule2 ade but then trus takde da
salam min…alamak lewat period tapi tak kawin lagi?maybe its not about pregnancy kot..saya ade jugak kawan yang period dia tak dtg setahun..itu semua mungkin ade masalah dalam horman sesetengah wanita tu..bagi saya lewat 6 hari itu normal. maybe kiraan yang salah yang menyebabkan awak rase lewat 6 hari. kalau ikut hari dalam setiap bulan pun bukan semua ade 31 hari kan..saya suggest kalau masih lagi belum period, better awak check up dgn doc okay…apepun, jangan risau sangat..its normal..
boleh ke sorg wanita bstubuh ktika haid mengandung?sy xbrape fhm punca ley gugur n cra mengatasinye..
Hi, sewaktu haid wanita dilarang sama sekali melakukan persetubuhan terutama jika ia melalui bhgn di bawah tu. Dan ketika haid jika melakukan persetubuhan pun, tidak akan dapat mengandung kerana proses ovolusi telah pun berlaku. Anda kena menunggu untuk kitaran yang seterusnye untuk medapatkan zuriat. Di dalam blog saya nie, anda boleh tahu mcm keguguran boleh berlaku. dan banyak cara untuk mengatasi nye..
salam..kak, sy baru miscarriage 24/4/10, so sy very upset coz kawen dah dkat 3 tahun n nie kira first preg. so kira nak try lg la pas nie tp sy tak berapa faham la macam mana nak kira masa subur nie?
salam..takziah yer biebie..dah bape bulan gugur? byk2 bersabar k..InsyaAllah anak yang gugur itu menanti kita kat syurga..byk2 berdoa k supaya dimurahkan rezki lagi dapat baby..yang penting usaha..kira hari subur nie untuk pastikan supay kita leh aim bile kite boleh “bersama” suami untuk dapatkan anak…Kalau boleh bersama suami hari ke15 selepas habis period yang lalu. Ataupun lagi 3 hari sebelum dtg period pun lebih afdal..;p…InsyaAllah akan melekat…
biebiey, cube bace post sham kt atas utk tau bile waktu yg plg bagus utk ‘bersama’ suami..
sbnrnye kan, ramai yg perempuan malaysia tak tau, setiap org waktu subur nye lain kiraan. kiraan hari ke-14 adlh kiraan utk pmpuan yg kitar haid nye tetap 28hari shj. dan bukan stiap cycle ovulation pd hari ke-14.
mcm saya, cycle besenye 30-40 hari… tak tetap.. dan bile gune kaedah BBT, saya dpt tau kebanyakan ovulation saya pd hari ke 23 dan ke atas. pernah jugak ovulation pd hari ke-29… kalo sy tak charting BBT, mungkin mase tu saya tak ‘bersama’ ngan suami, jd takde peluang utk dpt baby.. since sy tau hari tu ovulate, peluang utk dpt baby lg tinggi bilr ‘bersama’ suami..
kalo nak phm lg lanjut, bleh pm/email saya. saya ade satu buku yg bgtau sume pcl cycle kite mggunakan byk method.. kaedah trmasuk utk yg nak mngandung, utk elakkan mngandung (tak prlu pill dh, yg ni natural), n parentinghood serta nakkan zuriat L atau P.
scr ringkas, waktu yg plg elok utk bersama suami:
1)tgk cervical fluid. hari yg kite rs bhgn vagina plg basah, lendir asyik keluar, ade cecair mcm putih-telur kluar (besenye dlm 2-5hari), mase tu waktu subur
2)cek servik. waktu subur, servik akan buka luas brbanding waktu tak subur,serviks trtutup.
telur dpt hidup 6-24jam. sperma normal dpt hidup 3 hari. jadi gabungn 2-2 tu, bolehlah aim waktu yg elok utk bersama suami.
perempuan kat malaysia sgt ramai tak gune kaedah BBT. kaedah ni sgt bagus utk tau bile ovulation, bile period, bile pregnant. so, bg yg tak ikut kaedah ni, waktu subur,kalo ikutkan, vagina akan rase basah n melekit, dan ade cecair mcm putih telur dlm 2-5 hari cmtu (bkn cecair lendir keruh), brgantung pd diri msg2.hari terakhir cecair putih tu kluar, adlh yg paling2 subur. kalo tgk n rase betol2, bile ovulation berlaku je, vagina akn stat kering, serviks da stat ttup.. bile da kering tu, mmg tak fertile dh..
dan besenye, 12-16 hari slps ovulation, kalo takde pape melekat, kite akn period. 12-16 hari tu adlh utk sume pmpuan.
sbb tu, doktor bese ckp, waktu subur adlh 14hari sblm next period dtg. betol, tp yg slhnye, kite takleh predict waktu subur brdsrkn anggapan saje sbb sume cycle tak same. mungkin bln lpas 30 hari, bln ni 33 hari, bln dpn 28 hari. ade org post-ovulatory de 12 hari bln lpas, 14 hari bln ni, 15 hari bln depan… kan… ade org, tibe2 bln tu de tension. jadi ovulation de akan lmbt, sbb hormon tak stabil. sekali hamik ha, ovulate hari ke 20, pastu slh lak timing nye ‘bersama’ ngan suami..
so, saya sbnrnye nak sgt sume prempuan kat malaysia ni belajar FAM method. siapa nak tau, blehlah PM atau email saya. FAM method sgt bagus tak kire pmpuan tu dh kawen ke blom, rancang nak anak, rancang tak nak anak, rncg nk anak L @ P, konfius gugur@period lmbt,sume ade. Ilmu Allah tu sgt ajaib.. ade dlm setiap tubuh perempuan. cume kite jer yg tak pernah nak cari…
jadi, briefly utk bb, bile rase vagina basah tu (time ni kite kerap la g toilet,basuh, sbb rs mlekit lendir jernih kluar), ‘bersama’lah ngan suami.. mudah2an besar peluang utk dptkn zuriat. amiin
thanks to Kak Anna & Kak Shams for your information. Saya akan cuba praktikkan idea dkat atas. Semoga dapat rezki pas nie.
welcome biebey..thanks to sham also sebab explain dgn baik sekali. sori saya tak sempat nak jawap dengan begitu detail.mase tidak mengizinkan..lagipun kalau biebey bace blog saya mesti paham kot..ok, saya doakan semoga cepat2 dpt baby.. nak preggy sok leh la cite ek..
askum..
sy nk tnye..sy melakukan hubugan waktu 10 hari selepas period habes..
ad ke peluang untuk hamil???
bila sy bce comnt kitaran subur di atas 2 peluang untuk saya hamil mcm x ad..
pls explain…….
askum..
sy nk tnye..sy melakukan hubugan waktu 10 hari selepas period habes..
ad ke peluang untuk hamil???
bila sy bce comnt kitaran subur di atas 2 peluang untuk saya hamil mcm x ad..
tetapi sy ad rasa x sdp di bahagian perut dan kerap untuk buang air..
pls explain…….
Wsalam..hi mimie, sebolehnyer awak lakukan hbugan dalam tempoh subur iaitu kira jarak berapa hari awak dtg period skang dengan yang akan datang..misalnye jarak nye dalam 30 hari tiap2 bulan, tolak 14 hari selepas habis haid..bermakne hari ke 15 @ 16 adalah ovulusi berlaku dan aktif..sebab kite punyer telur hanya mampu hidup antara 12-24 jam sahaja..kalau awak lakukan awal, tapi telur masih belum berovulusi akan sia2 juga..
kerap buang air kecil mungkin perasaan normal..jika benar melekat lakukan ujian hpt minggu hadapan untuk confirmkan k..saya doakan awak yang terbaik…
salam,
memang info yang sangat berguna…
terima kasih.
Salam linda,
thanks a lot..selamat membace…Nice to meet u..
salam sys.. saya nak tya.. saya baru je keguguran.. kndungan 2bln lebih.. tp nak tya lah lpas dari kguguran tu memang kerap muntah ker? pening2 kpla? sbb setiap kali ape yg kita mkan n minum akan keluar balik. memg perit rasa… mcmna nk kurangkan muntah ni.. xlarat dah rasa ni..
salam watie…
sorry pasal keguguran awak…pasti ade hikmah disebaliknye…setiap orang tak same alahan nyer samada mase mengandung ataupun mase keguguran..semua bergantung kepasa tahap imunisasi badan masing2…selepas keguguran byk2 kan minum air suam..Jangan stres2 pikirkan pasala keguguran tempoh hari…muntah2 dan sakit kepala mungkin juga awak terlalu memikirkan keguguran awak dan terlalu sedih…byk2 bersabar k…untuk hamil lagi awak perlu berada dalam keadaan tenang dan sihat (minda & fizikal) supaya janin dapat develop dgn baik…
Untuk lebih pasti, awak segera berjumpe dgn doc untuk pemeriksaan lanjut…jangan lengah2 k..kesihatan mesti diutamakan…
saya doakan awak…
anna,
nak tanye, valid tak kalu kite cek guna UPT tu walaupun belom lewat period?
saya belom lewat period..kre2 cam 6hari untuk ckup cycle 30hari..tapi saja je cek UPT tu(kire2 hari ke 25 selepas hari pertama period)..ade 2 line..tp kabur sgt..try test 3 kali..mula pg tu ade nampak jelas, pastu petangnye cek lg,kabur sangat…yg ketiga cek pon kabur sgt…
boleh anggap positif ke ek?tp lom lewat period..ke false positive alarm je?huhuhu
Salam Norhafiszah,
Kebiasaanya ujian HPT dilakukan selepas seminggu lewat period…Mase tu baru keputusan adalah tepat dan berkemungkinan anda akan hamil jika lewat period..Line kabur2 yang anda telah lakukan sebelum lewat period mungkin belum tepat untuk pastikan anda hamil..Ape pun harap anda dapat bersabar menunggu kelewatan period anda k..hehe…Lepas lakukan ujian tu, sila rujuk dengan doktor juga untuk pengesahan yang lebih lanjut…gudluck for u… =)
Assalamualaikum semua,
Saya ni seorang suami. Harap saya boleh bertanyakan soalan di ruangan ni. Saya dan isteri telah lama book utk mengerjakan umrah pada bulan December nanti. 2 minggu yang lepas isteri saya kelewatan datang haid dan setelah melakukan ujian, hasilnya isteri saya positive menggandung. Sehubungan dengan itu, kami agak confuse sekarang ni samada kami perlu membatalkan niat kami utk pergi umrah atau kami boleh meneruskan umrah tersebut. Adakah besar risikonya kalau kami pergi umrah semasa isteri saya masih berada di dalam 1st trimister (mungkin masa pergi umrah tersebut isteri saya baru 11 – 12 minggu mengandung??)
Harap dapat sedikit sebanyak pandangan dari puan dan pembaca lain sekalian.
wassalam
kepada anna yang buat beri jwpn kepada norhafiszah,
saya rasa nak berkongsi apa yang saya tahu.
bila kita cek guna UPT dah kadang2, kita dapati line jelas, kadang2 kabur..sebenarnye bergantung kepada kepekatan hormon dlm air kencing. bila nak buat test, pastikan test pada air kencing pagi2 hari sesudah bangun dan jgn minum air dulu. ini kerana air kencing pagi pekat lgi.
sebab itu la norhafiszah check pagi jelas, check ptg kabur sbb kemungkinan minum air banyak sebelumnya. klu air kencing terlalu cair sbb terlalu byk sgt2 minum air mungkn x dapat detect lgsung.
apapun setahu saya kalau ade garisan samar2 memang tanda awal kehamilan (kecuali ade amik ubatan2 hormon tertentu). tahniah!
salam
saya bukan lah seorang ibu ataupun bakal bergelar ibu.
Cuma kebelakangan ini teman saya kelihatan agak
mencurigakan apabila dia sudah lama tidak hadir ke kuliah
dan saya lihat ada acid folic berbentuk kapsul di meja nya.
so, nak minta pendapat sikit tentang benda ni.
Salam, maaf lambat balas…bagi pandangan saya tidak ade salah nye jika ibu mengandung menaiki flite if kandungan mencecah 3 bulan keatas..InsyaAllah, semua akan dipermudahkan jika berniat ke sane. Cume bergantung keselesaan isteri anda, adakah selesa berada di dlam flite yg agak lame perjalanan nyer…saya nasihat kan anda dapatkan nasihat doktor dahulu. Saya bukan lah seorang yang terlalu pakar dalam bab2 nie. ape yang saya boleh bantu hanya memberi pandangan secara logik sahaja…harap saudara dapatkan nasihat doktor sebaik nye…Jika memang dah tertulis saudara dan isteri untuk menunaikan umrah tahun ini, berdoa lah agar perjalana saudara di permudahkan…Bagi saya, semuanye bergantung kepada kekuatan isteri anda dan bayi…
Wassalam….
salam,
untuk pengetahuan cik selin…acid folic tidak semestinyer hanya untuk ibu mengandung…asid folic berfungsi untuk menambah darah dan memberi kekuatan tenaga dalam badan wanita…jika anda curiga, cube mendekati kawan anda tu dah fahami ape masalahnye yang sebenar….mungkin kawan anda perlu sedikit bantuan anda…yang pntg jgn cube membebankan lagi masalah yg di tanggung..saya percaya, anda boleh lakukan…
hi anna,tumpang tanya sikit….masa saya cek kat rumah ia tunjuk jelas n terang maksudnye positiflar.tapi lps saya pegi cek kat klinik ia tunjuk positif juga tapi kabur sangat.so doktor suruh saya tc betul2..n miggu depan dia akan buat iltra sound kat atas saya..kenapa macam ni?lagipun i confuse sikit…last period saya pada 10 ogos.disebabkan period missing so saya selalu cek n sampai 6 oktober ia tunjuk negatif. dan ia tunjuk positif pada 7 ocktober. ni terlalu confusekan saya.
macam mana nak calculate?
Hi komala,
Sorry saya lambat reply….Mungkin semasa awak check di klinik mase tu sudah agak petang atau lewat hari…Kebiasaannye, air kencing pekat di waktu awal pagi2 selepas awak bangun dari tido…Dari situ ujian lebih tepat berbanding kepekatan air kencing semasa petang atau malam….Kalau boleh cube check seawal pagi bagi hasil yang berkesan…Berkenaan missing period, doktor galakkan check ujian air kencing selepas 1-2 minggu lewat period…Sebab pada mase itu, janin mungkin tengah develop dengan baik atau sebaliknye…Boleh saya tahu calculate berkenaan ape? berkenaan usia kehamilan ye? Kalau usia kehamilan, awak kena kire pada hari pertama awwwak last period…Doktor akan terangkan segalanye if awak sudah hamil….Jangan risau ok…Take care ur gudself n baby…
salam
sy br je kguguran awl bln yg lalu ktika kandungan berusia 6mggu. sy juga xprlu mlakukan proses cuci krn sgala sisa2 janin sdh abis kuar.
soalan sy:
1) perlukah sy berurut?..family b’pndapat sy xprlu brurut sbb kndungan aritu msh tlalu awl iaitu 6wk n sy jg xmlkukan prses cuci.
2) bab pntg plak mcmmana ye?dari segi mkn & minum,jg bilakah wktu yg sesuai utk sy bersama dgn suami.2mggu slps kguguran sy sdh bsama dgn suami.apakah akn mdatangkan kesan ke ats dr sy?
3) bbrpa ari slps kguguran jg sy byk bgerak ke sana ke mari,apakah ia akn mendatangkn kesan & m’yukarkn sy utk hamil slps ni?
Salam,
diz page really good.
Saya br mengandung 10 week but xder alahan langsung stakat ni. kadang2x rasa risau jugak sebab mostly org ckp kalo alahan truk tu petanda baby sehat..
btol ker??
please advice.
sy nak tnya…
sy dah preggie 7 minggu..
mlshnya sy msih lg pelajar kolej…
boleh ke sy menaiki tangga kerap..
sbb slalu klas sy di tingkat 4 …
boleh ke ia mengganggu kandungan sy…
sy juga kerap muntah dan tak sedap prut…
kalo naik kereta mst pening dan muntah…
adakah itu normal…
hi kak anna,
im 24yold..miela da nk msuk 3 weeks miela xdtg period..
last saturday miela ade wt HPT result Positif (2 line) but untill today miela xg jmp doc pon,tuk wt p’gesahan khamilan..
miela nk tnye akak HPT mmg bleh d’percayai ke?
mcm mne kte nk tau kiraan brapa bln kta da prgnant?
Salam Aiza,
Feel sad dengar keguguran awak. But jangan risau, rezeki Allah sentiasa ada. Berdoa banyak ok.
menjawap soalan awak..
1) Ikut pada keadaan. Bagi saya berurut itu untuk kesihatan diri dan badan kite. Keguguran juga hampir sama dengan keadaan masa melahirkan. Banyak urat2 yang lari “balancing” bile kite gugur..Berurut untuk menaikkan balik peranakkan yang telah jatuh supaya senang nak hamil lagi. Jika Aiza nak berurut untuk kesihatan boleh la lakukan amalan ni..Tak rugi ape pun..hehehe
2)Bab makan minum pun bagi saya, perlu pantang dalam 2-3 minggu. Saya juga penuh keguguran. Dan saya berpantang selama 3 minggu. Sama pantang dengan orang bersalin. Untuk bersama dengan suami pun saya berpantang selama 3 minggu. Biar bagi badan fresh sikit dan berehat..Badan kita nak pakai lame. So, wanita kena pandai jage luar dan dalam..Kena berkorban skit..Ala tak lame pun..3minggu je..Kalau beranak lagi la..100 hari tau..hehe
3) Itu tak menjadi masalah..Lagi pun bahagian bawak masih belum “terkoyak” seperti orang yang melahirkan sebab hanya keguguran. Cume banyakkan berehat untuk proses seterusnya..
Harap awak tabah dan jangan putus asa untuk mencuba lagi ;p
Salam Lisa,
Thanks on ur compliment. Alhamdulillah awak dah di sahkan mengandung dan patut bersyukur kerana tidak di beri alahan semasa mengandung. Semua alahan itu bergantung atas keupayaan ibu2 mengandung itu sendiri. Ade yang mengalami alahan begitu teruk sekali dan ade juga yang langsung tiada alahan..Alahan bukan penunjuk kepada sebarang ketidak sihatan bayi itu..Yang penting jage makan dan jage kandungan baik2.
Saya doakan awak semoga dipermudahkan semuanya..
Salam Nadia,
Alhamdulillah dan tahniah ye sebab dah mengandung..hehe…Tiada masalah kalau awak nak naik tangga setiap hari..Labih baik dan bagus untuk kesihatan ibu dan bayi. Sebab boleh exercise sekali. Orang cakap kalau selalu naik turun tangga senang nak bersalin nanti. Cume kalau tak larat jangan teruskan..Buat ikut kemampuan okay.
Alahan muntah2 dan pening itu perkara biasa bagi ibu yang hamil…Biase nye masuk bulan ke4 dah berkurangan dah alahan itu.. banyak2 bersabar ok..
Hi miela,
HPT selalu nye betul dan boleh dipercayai..Kalau masih ragu2 boleh disahkan di klinik2 yang berhampiran. Boleh ambil ubat untuk vitamin diri dan baby sekali. Kiraan miela boleh kira dari hari pertama period pada bulan terakhir miela datang.Kira selama 40 minggu untuk lihat bile kite due..Selamat mencube =)
assalamualaikum…
sy dh 2 thn berkahwin masih belum mempunyai chy mata..
kami memang sgt2 menginginkan chy mata… baru2 ni kami ambik langkah untuk bersama 5 hari berturut2 pd waktu subur (ikut calendar kesuburan) kalau dulu tak tentu mase…
jadi akhir2 ni saya rase loya n cramp d bawah perut… circle haid saya 28/27 hari gtu… akibat tak sabar nak tahu… saya buat fregnancies test waupon haid belum lewat…saya test waktu pagi… n sya tertidur kejap sambil tunggu keputusan.. then bila saya bangun, saya tgk ade 2 line tapi samar2… boleh percaya x keputusan ni? kadang2 takot jugak sebab perut n pinggang trase sakit… takot ade plak masalah lain..mungkihkah ade masalah lain? thank you.. harap boleh bg pendapat kpd sy…
salam anna…
nk mntk pendpt sket…hr tu sy wat pregnancy test kat umah…+ve…selang seminggu sy jmpe doc, doc.ckp sy pregnant 5 minggu…Alhamdulillah…tp sejak seminggu yg lepas sy perasan ade pendarahan…tak bnyk,tp still ade gak(coklat n merah cair2 sket)…pada mulanya sy ingat implantation bleed…doc.pn ckp bende yg sama..tp sy risau sbb ia brterusan…dh lebih 5 hr nie…nk scan,maybe xnmpk lg sbb terlalu awal. adakah sy sedang melalui proses keguguran? ade cara utk elakkan ke?
TQ
salam anna…
sy nk mntk pendapat sket…sy dh 7 bln kawen…hr tu sy wat pregnancy test kat umah…+ve…selang seminggu sy g jmpe doc…doc.kate sy pregnant 5weeks..Alhamdulillah…nie kirenye 1st pregnancy..tp sejak sminggu yg lps nie,sy perasan ade pendarahan(wrna coklat n merah cair)…xbnyk,sket je..bkn everyday,berselang2…sy ingat implantation bleed…doc.pn ckp cmtu gak…tp sy risau sbb ia brterusan..dh lebih 5 hr nie…ade kemungkinan sy tgh go thru proses keguguran ke? ade x ape2 cara utk elakkan?
TQ
Waalaikumussalam Nor,
Jika keputusan yang awak check baru2 ini sudah menunjukkan 2 line clear, awak tak perlu ragu2 lagi..Berjumpe dengan doktor segera bile haid sudah lewat 1minggu atau 2 minggu..Sakit2 belakang atau cramp tu perkara biase di awal kehamilan..Yang penting jage pemakanan dan jangan lakukan aktiviti lasak waktu skang..Saya doakan awak semoga murah rezki selalu..Amin… Tahniah yer..:)
Salam fieza,
Saya pernah alami benda yang sama macam awak.. And please jangan ulang kesilapan saya..Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera jika mahu kandungan awak selamat. Jangan tangguhkan…Kemungkinan akan keguguran..Tapi masih boleh diselamatkan jika awak bertindak awal..dapatkan nasihat doktor, amik cuti dan berehat (baring) sahaja di rumah..Jangan lakukan sebarang kerja lasak sehingga kandungan benar2 selamat..Saya doakan awak semoga semua selamat…Amin
terima kasih atas nasihatnya…sblm nie ade juga pegi jmpe doktor.tp kat klinik biasa je…semua doc.just srh tggu n tgk progressnya mcm mana nnti…sbb dia kata masih terlalu awal utk tentukan janin selamat atau tdk…jadi mrk xnk buat ultrasound…tp sy risau sbb setiap hr,simptomnye berterusan..sy brcdg nk pegi jmpe pakar secpt mungkin.mana tau ade ape2 rawatan awal utk hindarkan keguguran..skrg ni sy cuma mkn acid folic
salam anna…
sebelum tu, tahniah untuk anna
thank you so much 4 ur answer……
skarang ni dh beberapa hari lewat…
masih takot nak cek skali lagi…n tgu seminggu lagi kalo lewat lg, baru nak cek lagi…
sgt berdebar2,,, kalau pon bkn rezeki saya… saya akan usaha lagi…insyaAllah…
doakan la ye..
n take care…
Fieza,
saya rase takde masalah kalau awak minta doktor check rahim menggunakan ultrasound. Tapi takpela, buat mase nie ikut dulu nasihat doktor..Saya doakan kesejahteraan awak okay …=)
Untuk pengetahuan kawan-kawan wordpress saya disini..saya telah berpindah ke blogspot…sila layari blog saya di http://www.suhanaoct.blogspot.com . Saya akan mudah reply pertanyaan anda di sana nanti…
Jumpe di blogspot okay =)
Thanks noor..sorry lambat reply…lawat la blog baru saya di http://www.suhanaoct.blogspot.com . Di sina saya akan cube jawap pertanyaan anda semua..
Take care
salam..terima kasih kerna mnyediakn informasi yg brmanfaat kpd para bkal ibu.